Tuesday 20 December 2011

Al-Kisah 3: Family Outing FST

Aktiviti Hujung Minggu : Family Outing FST
Tarikh & Masa            : 10hb December 2011
Tempat                        : Bagan Lalang
Peserta                        : 3 buah bus (2 bus dihuni oleh pelajar FST dan 1 bus dipenuhi dengan barang2)
                                     dan beberapa buah kereta yang konvoi.
Objektif Program         : Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar FST

~Bayangan tiga manusia~


 ~Antara peserta yang hadir~


 ~Permandangan yang cantik~

 ~Ketam di Bagan Lalang~

 ~Satu-satunya pokok ditengah-tengah pantai~

 ~Menu tengahari~ yummmy!!!



"Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Langit membiru,
Nyiur melambai,
Ombak menderu,
Persisiran pantai
Hati yang resah,
menjadi damai,........."
lalalalala~

Beg sape tertinggal nie?



Jom Balik USIM!!!!

Tuesday 29 November 2011

Al-Kisah 2: Frozen FOOD


Al-kisah ini telah lama berlalu, tapi ada sesuatu yang ingin aku ceritakan.

Kisahnya berlaku sewaktu aku mengikuti Pameran HALFEST di PWTC sekitar bulan oktober lalu. Memandangkan aku menyambung pelajaran dalam bidang makanan maka, wajarlah untuk aku menyertai program ini bersama teman-teman seangkatan dengan aku.

 inilah orang kampung nilai-semangat nak g halfest

Apakah HALFEST?
HALFEST- adalah sebuah ekspo pesta halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan meransang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. Ia juga adalah sebagai satu platform dalam membangunkan industri halal negara......

Menurut pemerhatian aku, sewaktu jenjalan di pameran tersebut, terdapat banyak sangat produk-produk makanan, kosmetik, dan lain-lain yang diusahakan dari segi pembuatannya secara halalan toiyiban... Alhamdulillah...
Terdapat banyak juga produk makanan baru yang diperkenalkan.Antara yang menarik perhatian aku adalah:

- Kurma sweetner
(wahh,, ianya digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan)

-Kuih-muih Frozen
(perghh,, mcm2 kuih yang dah difrozenkan)

-Ikan Keli tin
(ala-ala ikan sardines dalam tin gitu)

-banyak-banyak lagi

Sehinggakan aku sendiri teruja,, banyak betul produk makanan yang telah di frozen kan, di tin kn,...... Seperti tidak percaya... Duduk Termenung sekejap,,, memikirkan betul kew nie??

Kawan aku    : "Alahh, sekarang nie ko tak yah la risau sgt klu tak tau masak pon,,,, semuanye dah frozen"  "Senang jew masuk dalam oven, biar dua, tiga minit,,,, siap,, dah boleh makan"
 
Aku              : " A'ah...kn, wat ap la aku susah nak pikir"  "Semuanye dah siap.."  "Tak yah beli barang dapur pon, beli oven jew untok panaskn makanan...."

Urmm.. memang la aku cakap macam tue..tapi jauh disudt hati, aku pon tak suka makan benda yang frozen nie.. Lagi lah klu nak bagi anak-anak makan (kalau ada, insyaAllah)..

Bayangkanlah bagaimana keadaan anak kita kalau hari-hari diberi makan makanan frozen,, sebabnya makanan itu akan menjadi darah daging kita sendiri sekaligus akan membentuk sifat @ akhlak seseorang..

Aku bukan menidakkan ke-halalan makanan fozen, tapi kan lagi elok kalau kita nak bagi makan kat anak-anak kita nanti, datang dari air tangan kita sendiri (ibu kepada anak-anak kita), datang juga dari air tangan ibu yang menjaga solat, keikhlasan dan kasih sayang seorang ibu akan mengalir melalui makanan yang dimasak,,, Nanti ibu-ibu yang tak reti masak pon, makanannya akan rasa sedap sebabnya ibu itu ikhlas nak bagi anak-anak makan.

Ditambah pula jampi-jampi dari ayat Allah berserta dengan selawat dibaca sewaktu menyediakan masakan, lagi lah berkat... Subhanallah...

Maka akan lahirlah generasi yang hebat-hebat, kerna ia diberi makan dari sumber yang baik, halal, dan pembuatannya dari cara yang terbaik, dimakan pula dengan menyebut nama Allah,,,, kelak akan membentuk darah daging yang baik,, sekaligus akhlak yang baik..

Wallahu'alam...

"Majulah industri halalan toiiyiban untuk UMMAH" itu tekadKU




Gema suara di PWTC









Monday 28 November 2011

Al-Kisah 1: Hedonisme

26 November 2011 (Tak jadi balik)

Hajat di hati ingin pulang ke rumah tercinta di Ipoh.
12.30pm           :Persiapan dibuat.—SIAP—
12.45pm           :Macam biasa la namenya student takde duet nak naik teksi,, mahal bebeno.. Pilihan terakhir BUS MINI laa.. Bus ditunggu dengan sabar. Alhamdulillah sampai jugak pak cik bus nie.

“KTM Nilai, Pak Cik!!!!”

Tiket komuter dibeli,, sabar menunggu kehadiran Pak Cik Komuter. Mataku merayau-rayau memerhatikan sekeliling,,, memerhatikan  gelagat manusia sejagat, buat penghibur hati. (Hehehe...)

“MACAM ORANG MACAM RAGAM”

Sesambil menunggu Pak Cik Komuter,, apa lagi berkhayal la aku.. memikirkan masalah dan masa depan aku. Disamping fikiran ku melayang tak tentu hala, sempat lagi aku selitkan masalah sosial yang berlaku sekarang untuk aku fikirkan dan renungkan balik.....apa lagi kalau bukan BUDAYA HEDONISME yang melanda muda-mudi sekarang nie...

HEDONISME nie adalah satu budaya hidup yang mementingkan keseronokan (hiburan) dan kesenangan dunia @ bahasa mudahnya sukakan hiburan.

Selalunya ia dikaitkan kepada muda-mudi remaja (aku pon termasuk dalam golongan ini)

Orang akan cakap
 “Remaja sekarang nie asyik nak berhibur jew.......”
“ 24 jam duduk depan laptop,, mengadap facebook, blogwalking la, layan korea la,, ntah pape lagi.....”

Satu demi satu tuduhan dilemparkan kepada golongan remaja nie.... Adoooii... kesiannye kita nie...

Kalau nak diikutkan, setiap tomohan yang dilemparkan itu betul, tapi tak semua begitu BUKAN?
Tapi majoriti daripada kita adalah apa yang dikatakan oleh orang atas tue...
Nak tak nak, kene terima lah sebab majoritinye begitu....

Berhibur itu perlu TAPI ada batasannya,, ada syaratnya,, syaratnya kene selari dengan syariat ISLAM..
Bagi aku, zaman sekarang nie zaman yang mencabar sesangat dengan kemajuan teknologi nye,, banyak lah remaja yang lalai dan hanyut oleh arus pemodenan... itulah GENERASI Y.

GENERASI Y yang hidup dalam dunia ICT yang penuh cabaran,,, cabaran untuk mereka menepis segala keburukkan ICT dan juga cabaran untuk ibu dan ayah untuk mendidik GENERASI Y nie...

Lain pulak kisahnye dengan generasi kita akan datang,,, katanya GENERASI Z..
Anak-anak dan cucu-cucu kita dalam generasi nie lah...

GENERASI Z = GENERASI DIGITAL
Lagi lah mencabar

1.30pm            : Pak Cik Komuter dah sampai,,, pilihan coach,, LADIES COACH laa...hihihi
3.00pm            : Beratur untuk beli tiket balik IPOH,...

            Aku                 : “akak, nak beli tiket balik ipoh”, “untok hari nie tau....”
            Akak Kaunter  : “tiket untuk petang dan malam nie dah abis”
            Aku                 : “Alaa,,, dah abis kew?” ,,, “takpe laa... Terima Kasih”

                        Tetiba jew jadi bengong jap,...

                                   “NAK BALIK kew TAK NAK”
                                   “NAK BALIK kew TAK NAK”
                                   “NAK BALIK kew TAK NAK”
                       
                        Nak balik naik ETS (electronic train system), mahal pulak!!!
                        Duet tinggal cikit jew nie kat dalam mesin atm tue...
                       
NAK BALIK macam tak berbaloi,, cutinye singkat,, mahal pulak klu nek ETS (sehala=RM35, dua hala=RM70)”

                        “TAK BALIK,, dah sampai KL centre dah nie...”
                        ArrrrGGGhhhh.... susahnye...
                      
  Lastly decide,, TAK BALIK... mesej dihantar ke Kak Yong:

Yong,
aku tak jadi balik umah, tiket tren abis tetibe jew...
Tolong tengok mak ngan ayah elok-elok TAU!!! 


Sayu di KL centre.
* dah tak nak balik ipoh,, apalagi patah balik NILAI laa... 


Tuesday 15 November 2011

KEMUNGKINAN

Setiap hari manusia berhadapan dengan berbagai-bagi kemungkinan.
Kadang-kadang kita tak tahu pon apa yang akan berlaku pada kita hari tue kn?
Entah gembira kew, sedih kew, wallahua'lam..
Itulah bukti yang nyata yang menunjukkan bahawa manusia itu bersifat lemah...

Dan kemungkinan yang pasti akan berlaku ke atas manusia adalah
KEMATIAN
tapi tak tahu bila kn?

Jadi persiapkanlah DIRIMU untuk menghadapi kemungkinan yang pasti ini..

.:lewat malam di kolej kediaman:.





Friday 22 July 2011

Baru Belajar

Assalammualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Dengan menggunakan kemahiran & keberanian "klik-klik" maka lahirlah blog yang penuh dengan kedhaifan ini. Moga ianya sentiasa 'berbicara' dan bermanfaat untuk kita semua dan juga diri yang menulis ini. InsyaAllah...


Wassalam