Monday 17 December 2012

-aku rindu-




en google image



"Perjalanan yang jauh beribu batu untuk ku berjumpa dengan Mu......"
"Dalam perjalanan ini, ku tempohi beribu dugaan, ku temui juga beribu kesusahan,,," 
"Tapi ianya sesuatu yang membahagiakan diriku,kerna dengan penuh hikmah dan tertibnya Engkau mendidik aku agar terus-terusan berjalan mencariMu dan memahamkan aku hikmah kejadianku di atas bumi ini,,, " 

en google image
"Oh Tuhanku sampaikanlah aku kepadaMu bersama-sama dengan orang yang membahagiakan diriku ini,,,," 
"Tetapkanlah jua kakiku ini agar terus-terusan berdiri dijalanMu, agar kita boleh ketemu... suatu hari nanti"
en google image


Wassalam...

Friday 14 December 2012

Rileks Dulu

Assalammualaikum...

Hari ini En Tikus akan becerita. Dengar tau!


Sekarang nieh adalah fasa terakhir untuk habiskan semester 5 nieh. Esok lusa hari Isnin dah last week dah untuk sesi kuliah. Maka, banyaklah presentation and assignment yang nak kene present n submit. 
Al-maklumlah kehidupan budak U.. cengginilah..

Kihkihkih

Tapi, Did you realize that dalam kesibukan yang kita hadapi seharian ini, nikmat yang paling berharga adalah KETENANGAN?

Betul tak?

Opkoshh laa. Betul!

Cuba imbas balik..

Kadang-kadang tugasan yang diberikan kepada kita terlampau banyak. Sehingga kita boleh dengar keluhan dan rugutan orang sebelah lagi.

"Wei, banyak nye keje nak kena buat..."

Bile saya dengar jew orang cakap macam tue,, I said to myself, 

"Yeahh, bukan aku sorang jew yang banyak keje, rupanya orang lain pun banyak juga"

Then, I said again,

 "Rilekkkksss, jangan gelabah, jangan kabut, Rilekkkkkssss"

 (dengan nada yang poyo dan bersahaja)

Yela la, kalau kita menggelabah langsung tak boleh nak buat keje. 
Seriusly betul, kadang-kadang keje banyak sampai tak tau nak buat yang mana satu kan??
So the best solution for me adalah TIDUR. bahahaha...

As conclusion, ketenangan adalah nikmat yang paling berharga sewaktu kita dalam kesibukkan.

Carilah ketenangan yang hakiki itu. 

Sebabnya:

 kerja yang banyak akan kita rasa sedikit.
Kerja yang susah akan kita rasa senang.


Ok. Wassalam.
Sekian, cerita En Tikus. 

Rilekss dulu. Jom p minum dulu.

Saturday 17 November 2012

URGENT!!!Cara menderma melalui sms utuk PALESTIN

Selamat sejahtera keatas kamu!

Ayuh semua! Bangkit! dan sedarlah diri umat Islam di Palestin, Gaza, Syria, Rohigya,.. semuanya sedang ditimpa kesusahan, mereka menanggis siang dan malam, mereka perlukan kita.. Cukuplah diri kita ini yang telah hayut dengan semua kelekaan dunia,,, 

Bangkit! Bangkit! Bangkit! 

Keluarlah dari timbunan selimut mu,, tingkat diri, keluarkan dirimu maju kearah masyarakat,,sedarkan masyarakat kita bahawa umat islam diluar sana perlukan pertolongan kita. Cukup-cukuplah kite hanyut dengan arus liberalisme, sekularisme dan isme2 yang lain. Kita ada Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Kenapa perlu tunjuk pada telunjuk barat??



Cara menderma melalui sms utk palestin:

Taip PALESTIN <JARAK> RM10/RM5/RM3/RM1. Hantar ke 39111

Sumbangan anda amat berharga walaupun bernilai hanya 1 sen.
[AMAN PALESTIN]

Tambahkan ilmu disini

Friday 16 November 2012

SYUKUR ALLAH

Assalammualaikum...


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Hari ini saya masih lagi berkesempatan untuk hidup.

Syukur Ya Allah. It's a simple but have a depth meaning. Perkataan syukur itu sendiri yang menjadikan hati yang ego tunduk dan mengakui kebesaran Allah and realize the beauty of Qada' dan Qadar.

Manusia selalu tak menghargai benda yang ada di hadapan mata. Sering kali minta pada sesuatu yang tiada. Ini menyebabkan kita terlupa untuk bersyukur.

So, what should we do?

Pertamanya. say Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada. Contohnya:

"Saya masih memiliki mak dan ayah. Saya perlu berbakti kepada mereka selagi mereka masih ada." (Berbaktilah sebanyak mungkin kepada kedua orang tua kita kerna mereka insan yang banyak berkorban untuk kita dan sebahagian hidup mereka dikerahkan untuk mendidik dan menjaga kita. )

Next, hargai benda yang kita ada. Dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan benda yang lagi baik. Contohnya begini:

 "Kita hanya ada sepasang kasut yang buruk dan busuk"
Google image
" It's OKAY. Just be happy. Dan gunakanlah ia selagi mana boleh gunakan. Dan dalam masa yang sama pula, we pay hard work untuk mendapatkan kasut yang lagi cantik dan wangi"
Macam nieh kew? 
Google image


 atau macam ini??

Google image


 Ini pun boleh jugak.. Ngee


 Dengan menghargai benda yang kita ada, dan berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu kita akan menjadi seorang yang lebih menghargai dan bersyukur. Insya Allah..



Wassalam

Thursday 15 November 2012

Aku BOLEH!!!


Selamat sejahtera ke atas kamu!


Semangatkan dirimu dengan kata-kata yang positif. Hentikan rungutan yang asyik menyalahkan orang lain. Mulakan hidup baru dengan hati yang bahagia. Setiap sesuatu masalah yang berlaku bukan sebagai beban tapi satu peluang untuk kita memperbaiki diri dan meningkat potensi diri...





" Saya BOLEH!!!!"
" AWAK SEMUA pon BOLEH!!!"

Yakin dan teruskan perjuangan dalam bidang masing-masing. 

Sesungguhnya "ALLAH still with US"....







Lirik Fikirkan Boleh - Sudirman

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH !

Lirik Fikirkan Boleh - Sudirman @ Lirikami




Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/05/lirik-fikirkan-boleh-sudirman.html#ixzz2CMBJklnw

Wednesday 14 November 2012

Bahagiakan dirimu

Assalammualaikum...

I'm searching new happiness yang hakiki

Senarai KEBAHAGIAAN

# Saya tidak biarkan situasi buruk melemahkan semangat saya

# Saya bersemangat dengan apa yang saya lakukan

# Setiap hari adalah kebahagiaan

# Saya yakin alam ini adalah menyeronokan

# Saya sentiasa melihat kepada pengajaran di sebalik apa yang berlaku

# Saya tidak merungut dan menyalahkan orang lain

# Fikiran negatif tidak mempengaruhi saya

# Saya sentiasa bersyukur

# Saya tertarik kepada perkara yang lebih hebat daripada diri saya

# Tujuan hidup adalah sumber inspirasi saya





p/s: sumber rujukan dr buku " Ceik Mata & Jiwa" karangan Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad 
(page 47)

Wordless #2


Salam sejahtera keatas kamu!

" Faktor utama yang membuatkan seseorang berjaya ialah IMEJ DIRI dan CONTOH YANG DIBERIKAN OLEH IBU BAPA MEREKA sejak dari kecil,, Jika diperhatikan, kehidupan kita ini seperti sebuah jam. Kita bermula daripada angka 12 dan akan kembali semula kepada angka yang sama. Bersama menilai dan menghargai setiap detik kehidupan agar kita kembali kepada Pencipta dengan hati yang sejahtera." 

(Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad)


Sekian, Wassalam

Friday 9 November 2012

Keberkatan masa

Selamat sejahtera ke atas kamu!

"Mempunyai masa terluang yang panjang, kadang-kala tidak mampu untuk kita menyiapkan semua tugasan, tp, masa yang pendek serta berkat mampu dimanfaatkan sebaik mungkin".
"Pintalah pada Allah agar diberi kebekatan masa untuk menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar yang banyak"


Sekian. Wassalam
 

Wednesday 31 October 2012

Arnab VS Kura-kura




"Awak, saya dah penat berlari...tunggulaa..."

"Jomm cepat,,,! sikit jew lagi nk abis nieh,, "


 "Urm,, takpelah,,awak lari dulu,,nanti kite jumpe kat end point,,tau,,!

"Okay!!,, saya tunggu awak kat sana tau,,!!!

Go,,Go,,Go,, chaiyok3x!!!"


"Awak cepat,,, saya dah sampai dah nieh"

"Awak berusaha tau! jangan putus asa,,, saya tunggu"

"Okey,,saya tengah berusaha la nieh"


*******************

Berlari dan terus berlari sampai penamat.
Kadang-kala kita menang dan adakalanya kita kalah.
Am I right?

Kita tidak semestinye akan terus-terusan menang.
Apa yang penting berusaha sebaik mungkin!!
YES!! Got it?

Berpijaklah diatas bumi yang nyata.
Buatlah sesuatu itu diatas kemampuan diri sendiri.
Buat sehabis terbaik.
Didiklah diri agar kelemahan diri kita dapat diatasi.
dan KUALITI DIRI dapat dibina.

InsyaAllah
Teruskanlah keyakinan padaNya
~Faith in Allah~

*******************

"Awak,, saya dah sampai,,"

"Yeahh,, bestnyer,,,"

"Bestnyer,,,"


*******************

Anonymous said:

"I am only one, but still I am one. 
I cannot do everything, but still i can do something.
 Therefore, i will not refuse to do the something that i can do"

*******************


Sekian. 

Sunday 2 September 2012

The Law of Progress

Any progress consists of ups and downs.

 Watch a tree grow.

 It grows some leaves and a storm comes along and blows some away.

 It grows more leaves and another storm comes along and blows some away.

 Watch the stock markets or the tides at the beach. 

There are ups and downs.

 Quitters don't understand this. 

They figure that progress should all be one way up.

 As soon as they slide a little, they think the game is over and they give up.

 Understand the progress principle and etch it in your mind.

 It might change your life.,,,,,,,


-Andrew Matthews (Author of ''Being Happy'')


p/s semangatkan dirimu, jangan mudah mengalah dan tewas, tetapkan matlamat, kuatkan tekad, moga Allah berkati, insyaAllah.

Wednesday 16 May 2012

Wordless #1

"jika kamu b'couple 20 tahun sekalipun, kamu xakan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya." 

{Imam Hasan Al-Banna}




sumber http://dirikudrcinta.tumblr.com/

Friday 24 February 2012

Al-Kisah 5: Mata hati

Hari ini kelas habis awal, banyak kelas tutorial yang dibatalkan. Jadi banyaklah masa free. Yeaayyy, bestnyee,,,.

Otakku ku ligat mencari idea apa yang perlu ku lakukan pada waktu yang senggang nie.

“Mm,, bosan pulak bila kelas dibatalkan, bila kelas ada, asyik tanye jew bila la aku nak dapat waktu free nie. Aduyaii,,,” monologku sendirian

Aku mengambil keputusan untuk ke unit Pendidikan Islam, moga di sana kebosanan aku dapat dihilangkan. Aku melangkah dengan laju.

Pintu unit Pendidikan Islam dikuak, salam diberi. Mataku laju mencari ustaz dan ustazah untuk dijadikan sahabat berbual. Tapi malangnya, kebanyakan ustaz dan ustazah ada kelas.

Kakiku terus melangkah, mencari sesuatu. Pandanganku tertarik pada sekelompok sahabiahku yang sedang berhalaqah dengan Ustaz Romli.

“Owh, kat sini rupanye akhowat semua. Patut la ana pusing satu Matrikulasi nie xjumpe pon akhowat kesayangan ana.”

Serius sangat perbincangan mereka. Mesti tengah mendebatkan isu sesuatu nie. Aku mengambil keputusan untuk duduk dan dengar sekali perbincangan yang sedang dibincangkan ini.

Alangkah tenangnya hati hidup berhalaqah.

Akhowat khusyuk mendengar, sehingga tidak sedar kehadiran ana. Ustaz Romli meneruskan hujahnya dengan yakin dan bersemangat menyampaikan ilmunya.

Kata ustaz:

“Kita kena pandang sesuatu masalah yang Allah berikan dengan pandangan mata hati. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Mungkin masalah yang ditimpa pada kita ini cara Dia nak mendidik kita. Bersabarlah wahai anakku, kelak Dia membalas sesuatu yang indah untuk dirimu.”

Khusyuk akhowat mendengar seperti dibuai oleh lagu yang lembut tatkala mendengar bait-bait nasihat ustaz.

Seorang akhowat bertanya:

“Ustaz, ana selalu dengar istilah mata hati, tapi ana tak tahu apa itu? Pandangan macam manakah yang mereka lihat dari pandangan mata hati sehingga menjadi seorang muslim itu sangat patuh dan menerima takdirNya dengan tenang. Boleh ustaz terangkan pada ana.”

Ustaz Romli melemparkan senyuman pada akhowat dan dengan tenang ustaz menjawab soalan itu.

“Bagus soalan tue.”  balas ustaz sambil tersenyum.

“Ustaz bagi analogi ye, untuk mudahkan antunna semua faham.”

“Ada seorang anak kecil sedang memerhatikan kapal terbang yang gah sedang terbang di langit biru, Terpegun budak kecil itu melihat besi sedang terbang.”

“Budak kecil itu kemudiannya mengambarkan apa yang dia lihat pada umminya.”

Budak kecil:

“Ummi, kecik nye kapal terbang tue, patutla ia boleh naik tinggi kat atas sana tue”…

Tergelak umminya mendengar celoteh anaknya itu….

*****************
Terang ustaz lagi,

“Anak-anak kecik akan berpandangan sedemikian. Apa sahaja yang dia lihat, dia akan menzahirkan. Contonhnya anak kecik tue melihat kapal terbang itu kecil sahaja, jadi dia mengata kepada umminya bahawa kapal terbang yang sedang terbang diudara adalah kecil sangat.Sedangkan kita sebagai seorang dewasa dah tahu bahawa kapal terbang itu adalah besi yang besar dan berat.”

“Jadi begitulah pandangan hati. Pandangan mata biasa seperti pandangan budak kecik itu, manakala pandangan mata hati pula adalah pandangan orang dewasa yang mengetahui bahawa kapal terbang itu adalah besar dan berat.”

“Wallahua’lam”……..


gambar dari en. google

Al-Kisah 4: Perasaan apakah ini?

Ku merenung jauh, memikirkan masa hadapan ku, menginsafi diri ku yang kerdil ini.

“Ya Allah, perasaan apakah yang melanda diriku ini?”

Perasaan ini datang tanpa diundang, tanpa ku pinta, tanpa kesediaan daripada diriku.

Ya! memang ia satu fitrah yang Engkau wujudkan dalam diri ini. Tapi aku tidak mempunyai kesediaan untuk bertanggungjawab keatas perasaan itu. Bukan aku menolak perasaan yang suci itu, tapi ia datang pada saat dan waktu yang tidak bersesuaian untuk diriku.

Ada tanggungjawab lain yang perlu aku aulakan. Aku bercita-cita tinggi untuk mendalami ilmu-Mu, dan menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayahku. Tapi sesekali matlamat ku itu menjadi kabur kerna perasan itu menganggu segenap jiwa dan ragaku, sehingga hatiku lalai daripada mengingatiMu.

Mungkin ini caranya Engkau menguji cintaku kepada Mu. Aku terimanya dengan reda. Tapi sesekali aku tewas dengan ujian Mu.

“Oh, Tuhanku, berilah ku kekuatan untuk melewati hari-hariku tanpa melakukan maksiat padaMu.”

“Oh, Tuhanku, berilah diri ini kekuatan untuk aku kuatkan perisai malu agar ia mampu memagari diriku daripada terjebak dalam maksiat.”

“Kuatkanlah hati aku ini, supaya terus-menerus berpegang pada janjiMu bahawa telah tercatat nama Si dia sebagai teman hidupku di lohmahfuz.”

“Oh diri, peliharalah keberkatan hidupmu. Jangan biarkan pintu maksiat meluputkan berkat hidupmu, ingatlah tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.”