Friday 24 February 2012

Al-Kisah 5: Mata hati

Hari ini kelas habis awal, banyak kelas tutorial yang dibatalkan. Jadi banyaklah masa free. Yeaayyy, bestnyee,,,.

Otakku ku ligat mencari idea apa yang perlu ku lakukan pada waktu yang senggang nie.

“Mm,, bosan pulak bila kelas dibatalkan, bila kelas ada, asyik tanye jew bila la aku nak dapat waktu free nie. Aduyaii,,,” monologku sendirian

Aku mengambil keputusan untuk ke unit Pendidikan Islam, moga di sana kebosanan aku dapat dihilangkan. Aku melangkah dengan laju.

Pintu unit Pendidikan Islam dikuak, salam diberi. Mataku laju mencari ustaz dan ustazah untuk dijadikan sahabat berbual. Tapi malangnya, kebanyakan ustaz dan ustazah ada kelas.

Kakiku terus melangkah, mencari sesuatu. Pandanganku tertarik pada sekelompok sahabiahku yang sedang berhalaqah dengan Ustaz Romli.

“Owh, kat sini rupanye akhowat semua. Patut la ana pusing satu Matrikulasi nie xjumpe pon akhowat kesayangan ana.”

Serius sangat perbincangan mereka. Mesti tengah mendebatkan isu sesuatu nie. Aku mengambil keputusan untuk duduk dan dengar sekali perbincangan yang sedang dibincangkan ini.

Alangkah tenangnya hati hidup berhalaqah.

Akhowat khusyuk mendengar, sehingga tidak sedar kehadiran ana. Ustaz Romli meneruskan hujahnya dengan yakin dan bersemangat menyampaikan ilmunya.

Kata ustaz:

“Kita kena pandang sesuatu masalah yang Allah berikan dengan pandangan mata hati. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Mungkin masalah yang ditimpa pada kita ini cara Dia nak mendidik kita. Bersabarlah wahai anakku, kelak Dia membalas sesuatu yang indah untuk dirimu.”

Khusyuk akhowat mendengar seperti dibuai oleh lagu yang lembut tatkala mendengar bait-bait nasihat ustaz.

Seorang akhowat bertanya:

“Ustaz, ana selalu dengar istilah mata hati, tapi ana tak tahu apa itu? Pandangan macam manakah yang mereka lihat dari pandangan mata hati sehingga menjadi seorang muslim itu sangat patuh dan menerima takdirNya dengan tenang. Boleh ustaz terangkan pada ana.”

Ustaz Romli melemparkan senyuman pada akhowat dan dengan tenang ustaz menjawab soalan itu.

“Bagus soalan tue.”  balas ustaz sambil tersenyum.

“Ustaz bagi analogi ye, untuk mudahkan antunna semua faham.”

“Ada seorang anak kecil sedang memerhatikan kapal terbang yang gah sedang terbang di langit biru, Terpegun budak kecil itu melihat besi sedang terbang.”

“Budak kecil itu kemudiannya mengambarkan apa yang dia lihat pada umminya.”

Budak kecil:

“Ummi, kecik nye kapal terbang tue, patutla ia boleh naik tinggi kat atas sana tue”…

Tergelak umminya mendengar celoteh anaknya itu….

*****************
Terang ustaz lagi,

“Anak-anak kecik akan berpandangan sedemikian. Apa sahaja yang dia lihat, dia akan menzahirkan. Contonhnya anak kecik tue melihat kapal terbang itu kecil sahaja, jadi dia mengata kepada umminya bahawa kapal terbang yang sedang terbang diudara adalah kecil sangat.Sedangkan kita sebagai seorang dewasa dah tahu bahawa kapal terbang itu adalah besi yang besar dan berat.”

“Jadi begitulah pandangan hati. Pandangan mata biasa seperti pandangan budak kecik itu, manakala pandangan mata hati pula adalah pandangan orang dewasa yang mengetahui bahawa kapal terbang itu adalah besar dan berat.”

“Wallahua’lam”……..


gambar dari en. google

Al-Kisah 4: Perasaan apakah ini?

Ku merenung jauh, memikirkan masa hadapan ku, menginsafi diri ku yang kerdil ini.

“Ya Allah, perasaan apakah yang melanda diriku ini?”

Perasaan ini datang tanpa diundang, tanpa ku pinta, tanpa kesediaan daripada diriku.

Ya! memang ia satu fitrah yang Engkau wujudkan dalam diri ini. Tapi aku tidak mempunyai kesediaan untuk bertanggungjawab keatas perasaan itu. Bukan aku menolak perasaan yang suci itu, tapi ia datang pada saat dan waktu yang tidak bersesuaian untuk diriku.

Ada tanggungjawab lain yang perlu aku aulakan. Aku bercita-cita tinggi untuk mendalami ilmu-Mu, dan menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayahku. Tapi sesekali matlamat ku itu menjadi kabur kerna perasan itu menganggu segenap jiwa dan ragaku, sehingga hatiku lalai daripada mengingatiMu.

Mungkin ini caranya Engkau menguji cintaku kepada Mu. Aku terimanya dengan reda. Tapi sesekali aku tewas dengan ujian Mu.

“Oh, Tuhanku, berilah ku kekuatan untuk melewati hari-hariku tanpa melakukan maksiat padaMu.”

“Oh, Tuhanku, berilah diri ini kekuatan untuk aku kuatkan perisai malu agar ia mampu memagari diriku daripada terjebak dalam maksiat.”

“Kuatkanlah hati aku ini, supaya terus-menerus berpegang pada janjiMu bahawa telah tercatat nama Si dia sebagai teman hidupku di lohmahfuz.”

“Oh diri, peliharalah keberkatan hidupmu. Jangan biarkan pintu maksiat meluputkan berkat hidupmu, ingatlah tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.”