Saturday 9 November 2013

2nd day Kemboja@ Phnom Penh


Hye people. Assalammualaikum...


2nd day @Kemboja. Aktiviti khidmat komuniti bermula. Hari nieh kita akan pergi ke Kg Keh. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa 1 hari. Penat duduk dalam bus je. Episod hari nieh bermula pkul 7 pagi waktu kemboja. Waktu di kemboja awal sejam dari Malaysia. Tak de lah jauh beza sgt tp kalau subuh masok pukul 4.45 tue,,,huwaaaa,, awalnye nak kene bagun.. Hahaha..

Kalau di Kemboja pukul 7, di Malaysia pukul 8, jadi suasananya meriah la, berpusu-pusu owg ramai nak pergi kerja, kanak-kanak nak ke sekolah. Keadaan masyarakat dekat sini miskin sangat. Mereka hidup macam gelandangan. Serius. Di tepi-tepi jalan, dyowg bina pondok kecik ala-ala macam kiosk, kat situ berniaga dan kat situlah dyowg tido. Sekian sgt. 

Bila tengok kanak-kanak pergi sekolah, mereka tiada pon kasut khas, mereka cuma pakai selipar jepun je. Ini dekat tengah-tengah bandar belom lagi masuk kg. Huhuhu

Owh ye. Untuk menyenangkan keadaan kami guna simcard Kemboja.


Simcard Smart dengan top up 1 dollar


Gambar ini adalah suasana perjalanan untuk pergi ke Kg Keh di wilayah Kamport yang memakan masa sehari (pergi dan balik). Mereka di Kemboja tiada lebuh raya Utara- Selatan pon. Yang ada jalan pergi dan balik. Dan bukan semua jalan berturap dengan tar, perjalanan ke Kg Keh melalui jalan tanah merah. Jadie debu-debu berterbangan sana dan sini. Suasananye sama macam keadaan kg aku time kecik-kecik dulu.


ke Kg Keh di wilayah Kamport
Tiba sahaja kami di Kg Keh, kami di sambut baik oleh penduduk Kg. dan kanak-kanak yang comel. Tergambar keceriaan di wajah mereka di saat menerima tetamu.




Kanak-kanak di Kg Keh
Owh ya. Kawasan yang kami pergi nieh adalah kawasan sekolah pondok yang mana menempatkan lebih kurang 90 orang pelajar lelaki. Dan kalau dilihat pada gambar di atas, bangunan di belakang tue adalah kawan perumahan guru yang mengajar. Walaupun rumah guru, tetapi keadaannye daif sgt. Hanya tempat untuk berteduh sahaja dilapik dengan tikar. Di belakang sekolah nieh baru lah ada perkampungan.

Kami teruja disambut baik oleh org kg dan kanak-kanak. Apa yang berlaku, sewaktu turun dan edarkan "cekedis" @junk food dekat dyowg, subhanallah, berebut-rebut sehinggakan sampai ada bungkusan manggi tue terkoyak. Bersepia terabur di atas bumi. Kesiankan. Mereka di sana susah. Kita di Malaysia hidup senang. Walaupun susah takde lah sesusah mereka. Bak kata Dr. Nurlida, bersyukurlah.



Mubin sedand edarkan 'cekedis'. Berebut-rebut dyowg


Suasana dan pelajar-pelajar di Kg Keh

Mas dan Anim

Ok. Lepas je greeting dengan owg kg. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di tugaskan untuk bersihkan masjid dan lagi satu ditugaskan untuk bersihkan kelas-kelas pembelajaran. 


Nieh group bersihkan masjid.
Me, Farah, Aimi, Katrl, Leha.
Belakang: TokWe
Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan penuh daif. Kami tak bawak lah alat pembersihan, ingatkan pihak Kg yang akan disediakan tp sebaliknya. Penyapu tue ada ada tapi tak cukup. Masjid dipenuhi dengan debu tanah merah. Walaupon dengan serba kekurangan alat pembersihan kami lakukan juga proses pembersihan. Dan paling syahdu sekali di saat nak mengelap pintu dan tingkap masjid, kami mintalak pada penduduk Kg, kain buruk yang tak dipakai lagi untuk mengelap. Dan yang diberinye adalah serpihan perca-perca kain yang dah tak membentuk kain pon. Hurm... Allah,, bersyukurlah kita di Malaysia. Bila tengok balik kain perca tue, teringat kain perca mak yang tak gune dah bile menjahit dan kain tuelah aku selalu je buang sbb dah tak boleh gune lagi, tp dyowg tak simpan lagi untuk di buat lap tingkap.

Kata tokwe, "ikatlah kain tue sampai jadi gumpalan, nanti sedang cikit nak mengelap"....

Gambar di bawah nieh adalah gambar permandangan tepi jalan sewaktu perjalanan pergi dan balik ke Kg Keh. Kami berhenti sebab pemandangan dia cantik. Tak tau lah apa namanya. Mungkin empangan.

Mungkin empangan



Suasana sekitarnya.
Fiera (biru), Dr. Nurlida, Dell


Fiera, Dell and Me


Cantikkan? Subhanallah
Gambar kat bawah di pulak adalah gambaran sekitar empangan tadi. Ada pasar petang di tepi jalan. Kata En Rahman, "pasar di Kemboja ada dua kali, pertama sebelah pagi dan kedua sebelah petang sebab masyarakat dekat sini suka makan makanan yang fresh-fresh. Mereka hanya makan 2-3 kali sahaja disebabkan kesempitan hidup dan masyarakat kemboja nieh semuanye kurus-kurus sebab kurang makan katanya."

Memang betul pon, dyowg nieh kurus-kurus. Susahlah nak jumpe orang gemuk dekat sini.. Hehehe..



Di Kemboja, ramai yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan. Motorsikalnya bukan dinaik berdua tapi tiga owg naik malahan empat owg pon ada. Hanya penunggang sahaja yang pakai topi keledar, pemboncengan tidaklah di wajibkan. Harga petrol mahal,lebih kurang 1 liter = RM5. Ada juga yang menggunakan pengangkutan awam, seperti lori,.. satu lori tue boleh bawa 120 owg. Hah,, sesak tak sesak. Tapi itulah hakikatnya..






Me
Cube teka gambar kat bawah tue ap? Rasa-rasnye ap?....
Tue namanye katak percik..Hahaha..

Waktu naik cruise for the first day. En Rahman, tourist guard cerita, masyarakat kemboja nieh semua benda dyorang makan. Katak, kucing, buaya, anjing pon di makannye.. Hah,, melopong mulut aku bila dengarnye. Tapi, memang betul pon, susah sangat nak jumpe kucing dekat dalam bandar Phnom Penh tue, masok Kg Islam baru lah jumpe kucing. Kemboja nieh negar Buddha. Jadi banyaklah 'stupa-stupa' tepi-tepi jalan. Dari segi kebersihan pulak, dyowg masih lagi di tahap yang kotor. Cuma tempat yang bertaraf hotel, restoran tue bersih sikit lah.

Salah satu kedai yang kami makan di Kemboja masih lagi menggunakan arang kayu untuk memasak.. Whoa.. sebijik mcm zaman tok nek kita dulu-dulu kn?



Katak percik


Peniaga dan kataknye


Famous betul katak percik disini. Hahaha


Nieh sosej BABI.


Perjalanan pulang. Jom cepat naik bus
Waktu perjalanan pulang ke hotel, bus kami di tahan oleh penguatkuasa. Aku time tue dah mengelabah dah, yela sebab tak bawak passport. Kalau di tahan mau jadi warga Kemboja. Huwaaaa.... Hahaha.

Kami di tahan sebab penguatkuasa tak benarkan bus lalu menggunak jalan tue pada waktu malam. Waktu dah senja dah, nak masok isyak dah. Kami di arahkan menggunakan jalan lain, sekiranya kami nak lalu jugak jalan tue kami akan di kenakan bayaran (rasuah). Berapa dolar ntah dyowg mintak. Tapi, Wan si Driver bus tue tak bagi duit pon,kami patah balik ikut jalan lama.

Jalan lama nieh, subhanallah, mengucap jela, dia punye debu kemain lagi. Lebih teruk dari jerebu dengan jalan yang berlopak-lopaknye. Sangat menguji kesabaran. Tak pelah at least kita tahu kesusahan owg lain macam mana. Harapnya hati nieh lebih bersyukur pada Allah. Indeed.




Nielah suasananye. Dengan jalan yang tak berurap lagi.


Suasana malam di kota Phnom Penh


Dinner time


Mewah kan kami di Kemboja. Alhamdulillah. Nampak tak biji-biji hijau hitam tue? Shima cakap tue lada hitam. Whoaa!!! fresh pnye dia letak


Nieh dia restoran yang menyediakan dinner kami. Sedap whoa..





Sekian. Love from Kemboja.

1st day Kemboja@Phnom Penh (part 2)


Elok sampai je kemboja dah ada travel agent yang tunggu dah. Jadi senanglah pergerakannye. Memandangkan kami tiba di kemboja lebih awal daripada jangkaan travel agent, kami di bawa bersiar-siar naik cruise dekat tasik Tonle Sap. Hah,, biasakan dengar nama tasik tue dalam buku sejarah. Teruja kowt. Ahakkss...



Ini gambaran suasana di Kemboja. Masih lagi mundur. Bertatih sedang membangun.


Moto yang belakang dia boleh bawak owg tue, yang macam kereta kuda tue namanye Tutt Tutt... Klu nak pusing bandar $8 satu tue..

Dihadapan tasik Tonle Sap. Get ready nak naik cruise.


Mubin and Nadiah

Tak ingatlah berapa harga. Rasenya $15 dolar per person (1 hours)

Semua excited nak naik

Berlatar belakang kan Tasik Tonle Sap. Dekat tepi-tepi tasik tue ada perkampungan Muslim yang hidupnya dalam perahu. Maksudnya dyowg jadikan perahu tue sebagai rumah dyowg.

Me, Anim, and Farah


Ini antara bangunan yang sedang dibina. Kata En Rahman, tourist guard, dah lama dah bangunan nieh start dibina tapi masih lagi tak siap-siap.



Belakang David tue, aktiviti mengorek pasir.

David

No words. Picture Only

Me

Aimi

Suasana maghrib sekitar tasik Tonle Sap.

Bandar Phnom Penh dari atas cruise

Selesai je naik cruise, kami dibawa makan di Cafe Malaya (Halal Food), yang menyediakan makasan melayu.Pergghh.. sedap kowt. Tak rasa macam duduk kat Kemboja, macam duduk kat Malaysia je.
Lepas makan, kami di balik balik ke hotel. Kami tinggal di New York Hotel. di tengah-tengah bandar Phnom Penh yang bertaraf 3 bintang. Puas hati. Layanan dia sangat bagus. 


Nieh nama dan alamat travel agent yang kami gunakan:


Ustaz Yahya Al-Hafiz (Manager)
N 805. St 5. Phom 1.
Sangkat Chrang Chomres 1.
Khan Russey Keo.
Phnom Penh, Cambodia.

+855 78 5050 48
+855 15 5050 48

cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

1st day: Kemboja@Phnom Penh (part 1)


Hye! Salam to people...

Disebabkan penyakit pemalas menguasai diri.. buku tak baca, journal pon tak baca, lab pon tak pegi..
Jadi untuk mengelak rasa ralat sangat, update lah blog nieh. Kihkih.. Bajet giler.

Owh okay. Ini update pasal trips ke Kemboja@Phnom Penh. Bukan trips sangat lah tapi salah satu aktiviti khidmat masyarakat di Kemboja. Group kami adalah group yang last sekali untuk batch kami bagi lawatan antarabangsa nieh (Global Islamic Student Outreach : GISO).

Biasanya tempat lawatan yang dipilih adalah kawasan yang mempunyai penduduk Islam minoriti. Sambil melawat sambil kita buat amal bakti hantarkan bantuan. Indirectly, this activity will promote and introduce USIM worldwide.



Di udara @Mas


Kemboja dari atas. Kalau tengok dari atas, kawasannya tanah pamah. Penempatannya berkelompok.



Kemboja kami datang. Safely arrived. Owh ye, airport nye kecik sangat. Lebih kecik dari KL sentral.
Bak kata mubin, Kemboja nieh macam Malaysia 30-40 an dulu.



Again. Cambodia from flight's window.



Phnom Penh



Ahaha. Tak cukup ruang letak barang bawah bus. Angkut barang melalui tingkap. Kotak-kotak tue semuanya barang sumbangan.


Aley n Kicap

Bergerak ke hotel. Bersempitlah dahulu ye.

GISO: Kemboja @Phnom Penh

Nadiah and shima @KLIA
Kami ada misi.