Friday 11 July 2014

Cerita Hati



Aku terasa kosong.

Perasaan ini dah lama bersarang di hati aku.

Dan sekarang aku risau akan perasaan kosong itu akan menjauhkan lagi jarak aku dengan Penciptaku.

Aku cuba menulis apa yang berada di hati aku dan apa yang bermain di fikiranku.

Melalui menulis mungkin aku akan lebih sedar.

Aku kosong. Jiwa aku umpama tidak bererti.

Aku solat.

Tutup aurat, tapi kadang kala ada tidak sempurna.

Lepas solat aku baca doa.

Tapi doa aku tiada ruh.

Doa hanya dibibir sahaja.

Bila kita dah biasa dengan hafazan, kadang kala kita boleh ungkapkan doa yang dihafal tanpa didalami 
dengan hati yang bersih.

Aku perasan keadaan itu berlaku pada aku.

Tetiba je aku, Amin. Tangan sauk ke muka.

Sampai satu ketika, aku soal balik diriku, aku baca doa apa tadie.

Aku doa untuk dapatkan apa?? Bingung.

Dan dah lama aku begitu.

Bukan sebulan dua. Tapi bertahun.

Kadang kala disebabkan kesibukan, kita terkejar-kejar, jadi solat itu dipendekkan.

Tapi kalau tak sibuk pula, kita lambatkan solat, katanya waktu masih panjang.

Diakhir waktu baru tunaikan solat,itu pun terkejar-kejar nak kejar waktu solat yang makin berpenghujungan.

Aku tahu aku buat salah.

Sampai  sahabat aku tegur, “Last aku Nampak ko selalu bangun malam waktu tahun satu dulu”

Sekarang aku dah abis belajar.

Allahuakbar… Aku abaikan waktu aku selama 4 tahun bergelumang dalam kemalasan, lebih utamakan keenakkan hawa nafsu.

Baca Quran? Kadang kala aku baca. Tapi tak konsisten.

Dek kepenatan dunia, lepas solat sahaja tubuh ku dah ada di tilam lusuh.

Aku terasa letih sangat. Tak tahu apa puncanya. Lebih sebab terlebih tido atau betul-betul letih.

Sekarang bagaimana ye?

Apa yang aku perlu lakukan.

Aku seperti telur dihujung tanduk.

Dadaku sesak. Tapi aku tak mampu berbuat apa-apa.

“Tuhanku, aku tak mahu hidup berpandukan nafsuku. Ye, memang aku seronok tapi hanya di wajah sahaja tapi hatiku sakit”.

“Tuhanku, jangan kubiarkan hati aku yang kosong ini, diisi oleh manusia sehingga aku lebih mencintai manusia itu sebelum aku mencintaiMu”.

“Sakit, sesak, sukar bernafas”

“Di bulan Ramadan yang penuh berkat ini kuperlukan pertolongan dari Mu untuk menguatkan langkahku di jalanMu”

Ameen…

No comments:

Post a Comment