Friday 11 July 2014

Pelangi senja

Kemboja @Phnom Penh


Hari ini cerah.
Aku melangut ke atas.
Lihat langit biru.
Kadang-kala kepulan awam putih mengambar sebuah cerita bahagia.
Petang nanti, mungkin awam dan langit akan terus ceria seperti pagi hari.
Dan, mungkin hujan akan menerjah membasahi bumi.
Kalau hujan mula membasahi bumi, aku akan nyaman.
Udaranya terasa begitu sejuk.
Tapi,kadang kala, dentuman kilat sabung menyabung menjadikan aku begitu takut.
Barang kali Tuhan sedang marah pada kita.
Hati akan tersentap dan beristigfar mengagumi kebesaran Tuhan.
Selepas hujan turun, pelangi akan muncul.
Beri bahagia pada orang yang melihat.
Senyuman terukir dibibir.
Sambil memuji indahnya pelangi.
TAPI, ianya hanya sebentar sahaja.
Selepas matahari mula menguasai bumi, pelangi akan pergi meninggalkan kita.
“Pergi meninggalkan kita”
Umpama bahagia melalui senyuman yang terukir dari bibir, perlahan-lahan meninggalkan kita.
Tiada lagi senyuman yang terukir.
Aku katakana pada diriku.
Berpijaklah pada bumi yang nyata..

Langkawi

Hurm…

Kaki perlu melangkah walaupun pahit.

Air mata perlu dikesat agar hati lain tiada kerisauan.

Teruskan senyuman walau pelangi sudah pergi.

Teguhkan kaki untuk berjalan dengan usaha, doa, dan tawakal yang tidak putus-putus padaNya.




 ..................

.Adawiyah.

No comments:

Post a Comment