Saturday 16 March 2013

Tentang Cinta

Hype people! Assalammualaikum...


"Tatkala hari kecil itu berbicara, dan mengata aku telah jatuh cinta. Biarkan dia terus berbicara.. tapi, AWAS! Jangan sampai bicaranya menguasai dirimu..."


 Cinta itu satu anugerah. Cinta itu fitrah bagi manusia yang normal. Tapi ianya perlu disalurkan pada tempat yang betul. Dan cinta juga satu amanah, bukan keseronokan hawa nafsu semata-mata.

Semenjak usia saya meningkat 20an, kiri, kanan, depan, belakang, semuanya berbicara soal cinta dan jodoh termasuklah diriku sendiri. Kadang-kala sampai pening kepala memikirkan apa sebenarnya cinta ini. Lambakkan buku dipasaran berkaitan dengan cinta dijual sana dan sini. Kalau pergi ke bookstore dan bookfair tue, Subhanallah banyak sangat buku yang berkaitan dengan cinta. Sehinggakan kadang-kadang rasa nak termuntah pon ada bila tengok banyak sangat buku berkaitan cinta nieh. 

Bukan setakat buku sahaja yang banyak dipasaran, ceramah dan kuliah-kuliah agama yang berkaitan dengan cinta juga banyak diadakan oleh organisasi tertentu. Betul tak? Dan apa yang ditekankan dalam ceramah dan kuliah berikut adalah perlunya mencari cinta hakiki dahulu sebelum mencari cinta manusia yang bersifat sementara. Dan semua orang pon dah maklum berkenan dengan itu. Kan?

 Jom kita usaha sama-sama untuk dapat cinta hakiki itu!  Walaupun kita nieh tak berapa baik sangat tapi apabila kita berusaha menjadi baik. In sya Allah, Dia akan permudahkan perjalanan dan gerak kerja kita kepadaNya.

Senangkan menulis ayat-ayat diatas. Hanya menekan papan keyboard sahaja, maka keluarlah statement seperti di atas. Tapi realitinya adalah begitu sukar sekali untuk laksanakan. Bukan sahaja kalian tapi aku juga menghadapinya.

Sebagai manusia biasa yang hina lagi kerdil, saya juga mengalami perasaan istimewa itu, dan saya tidak pernah menolak perasaan istimewa ini. Ia satu amanah! Dan bila rakan-rakan di sekeliling anda mula berbicara tentang perasaan istimewa mereka. Berilah mereka peluang dan ruang untuk mereka bercerita dan meluahkan tentangnya. Pinjamkanlah telinga anda sebentar untuk mendengar rasa istimewa yang terkubur dihati mereka.

Dan berbicara soal jodoh dan cinta pada usia sebegini adalah sesuatu yang normal bagi saya. Ianya selari dengan peringkat usia kita sekarang. Contohnya, waktu saya berumur 15 tahun dulu, mak, jiran-jiran, sibuk cakap pasal anak orang ini, orang itu dapat 9A dan kemudiannya masuk ke sekolah asrama penuh @ MRSM. Dan normal lah pada usia saya sekarang, (22 tahun), mak, makcik3x kat kampung, nenek, semuanya bertanya soal 'kawan istimewa'.. Hahaha.. malu dibuatnya tiap kali mereka membangkit soal itu.

Dan saya selalu terfikir kenapa kita sibuk sangat berfikir dan berbicara tentang soal jodoh @ cinta?

Jawapan saya adalah, mestilah kita sibuk berbicara tentangnya jodoh kita sebabnya seorang yang istimewa akan datang dan menjadi suri hati kita, mendampingi dan menemani serta bersama-sama mengharungi cabaran di dunia ini untuk ke syurga kekal abadi. Dan in sya Allah, orang yang istimewa itu juga akan memimpin diri kita, keluarga, kaum kerabat sehingga sampai ke destinasi terakhir (syurga) dengan selamat. Sebab itulah sering kali teringat3x dan menyebut orang istimewa ini. Tapi tak tahu kan siapakah gerangannya..

 Penantian orang istimewa ini cukup menguji diri kita kan?



To be continued...


p/s maaf pada yang tidak sependapat dengan saya. Saya hanya menulis apa yang saya rasa, mungkin keterbatasan ilmu di dada menyebabkan pendapat kita tidak sama. Tapi saya raikan pendapat kalian.

Wassalam.








Monday 11 March 2013

Muda, Aset, Kaya

Hype, people! Assalammualaikum..

Impian baru saya nak jadie KAYA!

Whoa!

I asked my entrepreneurship lecturer, "Encik, macam mana kita nak jadi kaya dalam usia muda?..... Maksud saya, muda-muda dah ada kereta besar, rumah besar + renovate cantik-cantik, siap ada aset untuk masa tua lagi. ???"

Untuk menjadi kaya tak salah kn?. kalau dulu cakap je bab duet, saya akan buat dek je,, tak peduli pon. Tapi sekarang otak ligat fikir macam mana nak buat extra income. Hah... Kalau dulu, siap tanye mak lagi, 

"kalau ada duit nak buat apa mak? Kite kalau ada duit tak tau nak buat ap..." (Mak malas dah nak layan)

Bila dah meningkat dewasa, baru tahu betapa pentingnye duit tue kn? Kata kebanyakkan orang, "Duit tak mampu untuk beli kebahagiaan". Ye! Betul. Memang kebahagiaan itu tidak boleh ditukar dengan wang ringgit, tapi duit mampu beli keselesaan hidup. Duit itu juga bukan segala-galanye kn?. Tapi realiti kehidupan sekarang, segala-gala memerlukan duit. Masuk public toilet pun perlukan duit...

Saya teruskan pembacaan untuk menjadi KAYA. Buku "Poor Dad, Rich Dad" menjadi pilihan, karangan Robert T. Kiyosaki. Betul juga pendapat yang diutarakan oleh penulis. Tapi macam mana kita nak create kekayaan itu supaya selari dengan islam. Maksud saya, menjadi kaya bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi boleh dimanfaatkan sekali untuk ummah sejagat...


"Pendapatan VS Perbelanjaan"
 "Aset VS Liabiliti"





Dan buat masa sekarang, apa yang penting adalah menabung. Cukupkan wang tabungan dulu untuk beli aset. Dan memang la pada permulaan menabung memang perit sikit la kan sebabnya terpaksa cut off duit perbelanjaan harian. In sya Allah dengan berkat menabung nieh dapatlah menjamin kehidupan yang lebih baik. Doakan ye!

Jom menabung!



Sekian, wassalam