Wednesday 19 September 2018

travelog; hari ke-2 di Bandung (The Farm House)

bercinta sungguh nak update blog ni. Patut la blogger yang rajin blognya cantik je. Kita ni 'hangat-hangat tahi ayam'.....

Okay. Hari ke-2 di Bandung. 

Perjalanan keluar kami dari hotel agak lambat, sebab pak supir sampai lambat. Haishh... Nasib baik bukan aku yang deal. Kalau tidak meletup telinga pak supir tu. Oh ya, hari Ahad! Bandung akan 'macet' di semua kawasan. Time kami pergi ini adalah waktu cuti sekolah, makanya berhmpit-himpit lah dengan manusia semua.

Tips: Sila rancang perjalanan, pilih hari yang bersesuaian. Hari minggu, keadaan trafik dekat Bandung teruk sangat. Dari boleh pergi banyak tempat, untuk hari ni hanya boleh pergi dua tempat sahaja, sebab jammed! Masa banyak habis atas jalan. Tiba-tiba, hari dah gelap dah.

Hentian pertama di Kartika Sari. 
Kami pergi yang ini.
Dekat sini, ada dijual pelbagai jenis kuih-muih yang dikormesialkan packaging nya. So, nampak kemas dan menyelerakan. Okay bezanya dekat Malaysia. Malaysia ada jual jugak jual kuih. Tapi, di Malaysia kuih hanya dijual di pasar malam, tepi-tepi jalan, warung-warung nasi lemak. Kalau di Kartika Sari, kuih yang sama macam negara kita, tapi packaging, susun atur mereka nampak cantik, walaupun harga nya murah tapi nampak mahal. Kuih-muih ini adalah identiti 'kita', (Melayu dan mungkin serumpun dengannya).

Kuih muih tradisional yang dikormesialkan.

Pacakaging untuk kuih-muih
Nak merasa kuih-muih tradiasionaldiaorang. Sedap sangat!!


Antara kerepek-kerepek yang dijual.
Jangan lupa try pisang salai diaorang tau. Sekali hadap je boleh habis. Sedap sangat. Recommended! Yang tak makan pisang salai pun boleh jadi makan.

Kartika Sari terkenal dengan brownies kukus.
Ini adalah main produk mereka, rata-rata pengunjung yang datang ke sini akan cari brownies kukus. Sedap sangat. Jangan lupa beli tau. Banyak pilihan flavor dan jenis.

Untuk dekat di sini sahaja, saya dah abis sebanyak 65,250rp (RM19.60)

Destinasi seterusnya adalah kenyangkan perut dulu sebelum berjalan jauh. Kami makan di Restoran Nasi Saung Pengkolan.


Girlss.

Menu ala-carte. Teringin nak makan Gurame bakar.
Makan tengah hari sahaja, saya habis sebanyak 75,000rp (RM22.50)



Tips: Untuk trip kali ini, perbelanjaan makanan sebenarnya agak mahal, sebab semua kedai makan yang kami pergi adalah standard restoran. Untuk menjimat kos anda, anda boleh pilih untuk makan di kedai-kedai biasa pun boleh. (Tapi, ikut perut takut terkejut pulak)

FARM HOUSE : adalah sebuah THEME PARK, yang berkonsepkan European-style building. Ala-ala macam dekat Bukit Tinggi tu. Dekat sini lebih kepada view, dan european cultures la. Style mereka ini lebih kepada Belanda, kalau kita tengok dari segi bangunan dan costume. Dahulunya, Indonesia dijajah oleh Belanda, Malaysia dijajah oleh British. Obviously, kita dapat lihat perbezaan ini melalui pakaian diaorang. 

Rombongan.


European-style building

Bersama Kak Rin.
Dutch costume for rent.

Kak Rin

Kak Ita.

Penunjuk arah takut sesat. Hahaha.....
Dekat sini pun ada mini zoo tau.


Tuan rumah.

Biri-biri.


Tiket masuk ke sini dalam 25,00rp (RM7.50). Apa yang menariknya, tiket masuk ni boleh guna sebagai voucher. Best kan?? Rasa macam, "aku beli ni, aku dapat extra gift lagi" macam tu la perasaannya. Jadi, voucher ini kita boleh tukar dengan  Susu Lembang atau boleh guna dekat restoran di sini, ada diskaun 25,000rp. Hihihi... 


Saya tukar dengan Susu Lembang. Ada 3 perisa: original, coklat, & strawberry. Saya amik original. Pekat pioww susunya. Original la katakan. Paling sedap sekali coklat la. Susu ni tak boleh simpan lama, nanti rosak sebab no preservation process pun. Direct dari lembu. 
.
.
.
.
Itu dulu, tunggu part 2. Okay?
.
.
.

Thursday 13 September 2018

travelog ; tentang Bandung (part 2)

 Turun dari Ladang Teh, kami ke Pinisi Resto. Pinisi Resto adalah tempat makan yang berkonsepkan kapal. Dan kapal ini dibina menghadap tasik. Jadi, view nya nampak cantik sangat. Fresh gituh !!! Perkataan "RESTO' merujuk kepada RESTORAN. Hahaha... Diaorang punya singkatan, kadang kelakar je..

Contoh lain:

WARKOP = warung kopi
WARNAS = warung nasi
NASGOR = nasi goreng
RESTO = restoran
RUKAN = rumah makan


Pinisi Resto
 Ada dua cara nak access ke Pinisi Resto ni, satu cara berbayar, satu lain cara free. Tgok pandai tak diaorang. Kalau anda nak rasa naik titi gantung, makanya kena bayar. Kalau tak berbayar, ada laluan lain yang jauh sikit. For the experience kami naik ikut titi gantung. Amik feel la dekat negara orang. Hahaha....

Ada la gambar sebagai kenang-kenangan.

Aktiviti atas kapal. Ada yang makan, ada yang bergambar sahaja.

View atas kapal.


Pandangan dari bawah. Bangga tengok bendera Indonesia berkibar

Petunjuk arah

Antara tempat makanan yang terdapat dalam kapal ni. Kapal ni ada banyak seksyen, jadi tempat makan pun banyak dan pelbagai.
Kami tak makan pun kat sini. Sebab lebih teruja nak bergambar dan berjalan. Tiba=tiba dah depan pintu keluar. Hahaha...

Turun sikit dari kapal, ada kawasan yang di namakan batu cinta, ada taman kelinci. Banyak la tempat menarik.

Ada rupa LOVE tak?

Dekat kawasan luar kapal, ada area street stall, kedai sourvenirs. Dekat sini lah diaorang jual makanan tempatan macam goreng pisang, cucuk-cucuk, pelbagai jenis mee, dan sebagainya.

Kita try satu la. Ini dipanggil sebagai Cilok & Cilor (konsepnya macam cucuk-cucuk kat Msia). Cumanya makan dengan kuah kacang sedap, bawang goreng, serbuk cili. Tu yang AUUUMMMM tu...

Harga Cilok-Cilor ni dalam 20,000rp sebekas (RM6)
kasi chance la.....


Selesai di sini, kami balik ke Bandung. Dan seperti biasa "Macet/Jammed" sekitar kawasan. Sebab weekend kan. Ramai giler orang. Nak keluar kawasan Ciwidey pun ambil masa yang lama. Isyak waktu tempatan baru sampai. 

Untuk dinner, kami makan dekat Kopitiam Bugis.


Hah, cantik tak designnya?? 

Amik set makanan beramai. Meriah sikit la makan ikan bakar. Sedapp wooo. Seorang makan dalam 80,000rp termasuk tax n sercive tax.



Lepas makan, kami terus singgah di Toko yang menjual kain batik, kain sulam, kain lace, telekung, sebagai jenis kain lah. Harga berpatutan lah, dan semestinya murah dari M'sia. Bangunan ni bukan dalam Mall, macam bangunan perseorangan.

Rambang mata.

Sekarang tengah trending kak batik pastel.

 Dekat sini, saya tak beli apa-apa pun. Berhati-hati dalam membeli, kononya nak beli yang paling murah dan paling lawa la kat pasar baru nanti. Rupanya dekat sini pun lagi murah.

Tips: Kalau korang jumpa je tempat shopping, beli je. Jangan fikir nak cari yang the best. Sebab yang belakang-belakang tak tahu lagi best ke tak. 

So, total expenses untuk seharian (8/9/1018) ni adalah:

Mineral water__5,000(rm1.50)
Breakfast__60,000(rm18)
Simkad__100,000(rm30)
Tiket (kawah putih & pinisi Resto)__120,000(rm36)
Balm__5,000(rm1.50)
Cilok & cilor __20,000(rm6)
Dinner__80,000(rm24)
Toilet__2,000(rm0.60)

TOTAL:RM117.60

.
.
.
.





travelog : tentang Bandung (part 1)

Bandung adalah negeri yang terletak di Jawa Barat Indonesia, di kawasan tanah tinggi. Dekat sini, tak panas sangat. Sejuk dan nyaman je, walaupun pergerakan kami banyak. Suhu sekitar 24-29 celcius. Matawang macam biasa guna rupiah Indonesia.

10,000rp = RM3 (lebih kurang la)

p/s: Saya selalu terkebil-kebil nak convert dgn duit M'sia. Hahaha...

Perjalanan di mula dengan alas perut dulu. Cari tempat nak breakfast. Mula-mula kami di bawa ke street stall, yang menjual kuih-muih, cucur, mee jawa (lebih kurang la). Tapi, bila sampai semua ternganga..

"Aikk, takkan makan dekat sini?"

"Nak duduk mana ni?"

"Macam mana nak makan?"

"Betul ke kita nak makan dekat sini?"

hahaha... semua orang macam tak boleh terima kenyataan, dan ada yang tak lalu nak makan dekat street stall. Hahaha... Makanya, Pak Supir bawak kami ke real restaurant. Baru nak feel rakyat tempatan.

Breakfast dekat sini.

Konsepnya ala-ala hipster gituh.

Cantik kan design dia. Semua teruja pakat selfie. "sigh"
Teh kosong suam. Dekat sini tiada teh tarik macam dekat mamak tu tau.

Nasi Lemak Ayam. Ofkos sambal dia sedap.
Range harga adalah standard restaurant hipster dekat Msia (RM7-RM50) bergantung pada menu la. Dekat sini saya makan Nasi Lemak Ayam & mineral water (60,000rp/ RM18).

Untuk kemudahan internet, saya beli simkad di sini "simPATI' namanya. Dalam RM30 untuk 8GB, untuk kegunaan 4 hari dan semoga cukup untuk upload gambar dekat instagramm. Hahaha.. PHUI (bajet instafamous gituh).

Hentian pertama adalah Kawah Putih.  

The teams. Dari pelbagai peringkat umur. Tapi best, kerja gelak je sepanjang perjalanan. Semuanya adalah cikgu-cikgu. Saya join group cikgu-cikgi la ni. 

The phemomena. Try to capture the best angle. SubhanaAllah , TabarakaAllah, Cantik sangat!!
 Kawah putih yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha ini memiliki dinding kawah dan air berwarna putih. Sebab tu namanya Kawah Putih. Dekat sini sejuk la, sebab atas pergunungan tinggi kan. Sekejap-sekejap hutan rintik-rintik menghujani kawasan ini. Tapi, sekejap jela sebab proses evaporation & sublimation berlaku dengan cepat. Tak perlu payung sangat kot. Still okay.! Dekat keliling kawasan ini, akan ada orang tempatan sewakan payung dan jual face mask. Tapi kami semua tak guna pun perkhidmatan tu. Facemask perlu ke tak? Sebab nak nmpak cantik dalam gambar semua tak mau pakai face mask. Hahaha.... Bau behlerang sangat kuat (macam bau sulphide), dan akan berdebu sedikit. Kalau tak tahan and for seek of safety pakailah face mask.

Girls yang suka tangkap gambar.


Macam lukisan kan. But, this is REAL.

Gambar acah-acah kena ada.

Kak Rin. Roomate dekat Bandung. Cikgu kaunselling. So, saya dapat kaunselling free. Hahaha...

Eh, ada bayaran tau masuk tau. Details nanti saya bagi di bawah, sebab kami beli tiket secara pukal. Turun dari kawasan pergunungan ni, kami laluan kawasan Ladang Teh & Strawberry. Tapi yang mengujakan adalah Ladang Teh la. Sebab pemandangan yang serba hijau dan alunan gunung/bukit yang menampakkan pemandangan yang sejuk mata memandang. Kalah Cameron Highland tau. Strawberry dekat sini di tanam dalam poli bag. Semua kawasan macam tu. Lain sikit dari Cameron. Tapi, takde gambar. Hehehe... sebab tak singgah.






The views of green teas.





Tips: Untuk cantik, please la pin tudung betul-betul. Ni serabai je pakai tudung. Asal boleh. dalam gambar nampak selekeh giler.







p/s: Belum habis lagi satu hari punya cerita. Tengok second part tau!

Wassalam