Thursday 13 September 2018

Heading to KLIA via public transport

Here are, tips and tricks, macam mana nak ke KLIA dengan bajet yang berbaloi. Ohh ya! saya akan ke Bandung untuk cuti sekolah kali ni. YEEEAAAHOOO.

i'm READYYYY...

Perjalanan saya bermula dari area Subang Bestari,__ dan public transport yang terdekat adalah MRT Kwasa Sentral. Untuk ke MRT, ada dua pilihan: boleh naik Rapid bas (RM 1) atau Grab car (RM8-10)

Saya pilih untuk naik Grab car sebab senang + bawak luggage__terus ambil depan rumah. :P)-

Cost:
Grab car (Subang Bestari -> Kwasa Sentral) = RM10 (time ni peak hour, hari jumaat, memang mahal sikit la)

Dari Kwasa Sentral saya perlu turun di KL sentral (centre untuk transit semua Rel area Klang Valley. Dekat sini banyak choices, nak naik apa? jauh ke? mahal ke? terpulang pada bajet dan keadaan). Untuk ke KL sentral dengan menaiki MRT, anda perlu turun di Muzium Negara, ada laluan berbumbung dan eskalator yang menghubungkan ke KL sentral.

MRT telah memudahkan urusan saya ulang-alik KL sentral dengan aman dan gembira.
 Kalau tidak tunggu komuter berjam baru sampai. Bagus!!


Cost:
MRT (Kwasa Sentral -> KL sentral)= RM3.80


Image result for integrated klang valley transit map
Sila baca MAP ni macam main puzzle okay? Mix and match. Try and error :-)

Untuk ke KLIA, ada beberapa cara samada direct terus guna KLIA ekspress @ ikut laluan transit. Kalau guna KLIA ekspress, its cost about RM55/one-way (so, macam alamakkk, mahalnyaa)

KE Fares
KLIA Ekspres Fares

Jadi, saya create laluan saya sendiri. Saya ambil komuter/KTM ke Bandar Tasik Selatan (TBS). Risau jugak la naik komuter ni, takut lambat, sebab sekarang komuter sedang dalam proses penambahbaikan. Lambat tu selalu la. Saya tengok waktu terdekat train, perlu tunggu dalam 20 minit, jadi ON jela naik komuter.

Cost:
Komuter (KL sentral ke TBS)= RM2.10

Dekat TBS, barulah kita tukar train, naik KLIA transit. Bukan tak mau naik terus, tapi ongkosnya mahal dong!

KT One-way Fares
tengok betul-betul dan sila pegang kalkulator!
Kalau rujuk pada harga, dari Bandar Tasik Selatan (TBS) --direct terus ke KLIA dalam RM38.40 (mahal lagi ni, jadi saya buat 2 kali transit)



Mula beli tiket, dari TBS ke Salak Tinggi.

Cost
KLIA transit (TBS-> Salak Tinggi) = RM12.40

Dekat Salak Tinggi _ dah ada bangunan parking kereta berbumbung.
Dulu sini penuh dengan kelapa sawit.

Sampai Salak Tinggi, settlekan semua urusan ke toilet dan solat jamak sesiap. Keluar dan beli tiket baru ambil Salak Tinggi ke KLIA terus (last destination).

Cost
KLIA transit (Salak Tinggi-> KLIA) = RM4.90



Jadi, total keseluruhan dari Subang Bestari (Grab car) sampai KLIA adalah RM33.20. Murah sikit kan??

Okay. Itu dulu, nanti kita sambung cerita Bandung pulak. 

*ngeh*

Wassalam.

No comments:

Post a Comment