Monday 3 September 2018

Pelangi petang tidak muncul-muncul

Bak kata orang, selepas hujan ribut badai menimpa, nanti akan terbitnya pelangi.
aku teringin lihat indahnya pelangi. tapi, pencipta lebih mengetahui rahsia alam.

dalam hidup semua orang nak sesuatu yang terbaik. betul kan?

'nak kerjaya hebat.'
'nak duit banyak.'
'nak dipandang hebat.'
'nak keluarga bahagia.'

kiranya semua perfect la. Entry lepas aku bercerita tentang kerjaya baruku seorang CHEMIST. aku bangga. bangga la dari orang yang tiada kerjaya. tapi, tak kemana pun. 2 tahun membuang masa membantu orang yang tak mahu dibantu.

aku kerja di syarikat swasta. bossku melayu. tak sampai 10 orang pun teamnya. 3 daripadanya adalah orang teknikal. kamilah tu. aku, bulan, bintang (bukan nama sebenar). kami bahagian testing sample. aku jaga oil testing, food, microbiologi, dengan run ion chromatography. 'Bulan' jaga water testing, run semua jenis gas chromatography (GC-FID, GC-MS), semua semua yang complicated 'Bulan' run kan. 'Bintang' lebih kepada metal dan mercury. kami tak ramai, jadi tugasnya banyak. multi-tasking gituh.

syarikat yang aku berkerja ni, dari mula lagi aku nampak akan kehancurannya. tapi, aku diamkan sahaja. aku datang untuk membantu, jadi aku bersedia meghadapi pahit maung bersama. ceitt...

untuk sebuah bisness bergerak kena ada teamwork! betul tak? aku tak merengek pun. aku sebolehnya hadap segalanya. sebab tak mahu ahli team yang lain jadi lemah bila ada dari kita buat hal. aku katakan aku adalah best player dalam satu team. hahahahaa. berlagak siot.

bisness dalam bidang sains dan teknologi ni sangat perlukan duit yang banyak. yup!
duit - untuk maintenance instrument
duit - untuk beli standard, glassware, n etc etc
duit - untuk bayar sewa premis, elektrik, air
duit - bayar pekerja

tapi, semua tu tiada. kami hidup dalam keadaan survival. kena minta-minta banyak kali baru dapat. ikutlah boss nak hutang mana-mana. itu aku tak amik tahu. janji chemical, instrument, standard okay. gaji aku?? kadang dua kali bayar. damnnnn...

asal aku fikir ea, bukan masalah aku pun. tapi, aku fikir jugak. tak merungut.

_________________________________
(p/s tulis dekat blog tak dikira merungut ke? ahhhhhhh, aku tulis untuk dikenang kebodohan aku esok lusa)
_________________________________

salah satu sebab syarikat aku jadi macam ni adalah disebabkan oleh 'PENGURUSAN'
   1) tiada fokus yang jelas, nak kemana, nak apa? tiada. sebab aku tak tahu. aku kerja tiada roh- aku buat je.
  2) tiada marketing- bukan tiada langsung. sikit je. bagi aku tak cukup.
  3) tiada pengurusan kewangan yang baik - bil air bayar lambat, bil elektrik tak bayar. banyar kali orang tnb datang bagi amaran nak potong. baru terkedek-kedek nak bayar.
  4) tiada maintenance untuk instrument. kalau rosak, tak dibaiki terus, biarkan sahaja. asal boleh gerak lagi, boleh keluar result lagi, gunakan aje. bila rosak semua, kena ganti baru, tahu pulak takde duit. dah sub-con dekat syarikat lain. kan profit margin jadi kecik, kena bahagi dua.
  5) etc etc...

bodoh, bodoh, bodoh,...

sekali dengan aku aku sekali bodoh.

dipendekkan cerita, syarikat tu ranap. tak mampu nak hidup. masing-masing keluar cari kerja lain.


No comments:

Post a Comment