Thursday 12 November 2015

Menggorak Langkah

Hye! Assalammualaikum WBT.

Dah lama dah tak menjeguk dekat blog ini. Dan akibatnya, kemahiran menulis aku kian menumpul. Bila aku nak tulis je mesti akan ambil masa yang lama untuk menulis. Buat karangan panjang-panjang, pahtu delete. Sebabnye aku rasa tiada keserasian di antara idea dan cara penulisan.

Hah? Sekarang pening tak baca, apa yang aku cuba sampaikan. Done!
Back to main business

-----------------

I'm CHEMIST.

Aku dah selamat melalui fasa sebagai graduan, pengganggur, dan sekarang dah mula mengorak langkah dalam kerjaya. Tu kat atas tu hah kerja aku sekarang. Walaupun tidak pernah terlintas pun untuk jadi CHEMIST, tapi aku terima sebagai cabaran. Mungkin personaliti aku dan cara kerja lebih kepada bidang penyelidikan, tapi kadang kala kita tak nampak benda itu semua, sampailah takdir Allah itu datang. Owh, aku sesuai buat ni rupanya.

Apabila anda sudah berkerjaya, apa yang anda nampak?

1) Akan mula timbul passion dalam diri setiap seorang, I want to do the best in my field.

Bila dah ada perasaan itu, kite kenalah rancang kerjaya kita. Contohnya:
Dua tahun pertama, kita perlu gali betul betul semua kemahiran dan pengetahuan yang perlu dalam bidang kerjaya kita. Disamping itu, jangan lupa cari program atau kursus yang boleh meningkatkan kreabiliti diri kita @ memperbanyakkan certificate-certificate yang berkaitan.
Kemudian, tahun seterusnya mesti dah berjaya jadi seorang yang mahir dalam bidang tu, time ni dah jadi senior officer dah, ..........

2) Kebebasan kewangan 

Kebesasan kewangan. Tak semua orang nampak benda ni penting. Sebab apa? Sebab matapelajaran kewangan takde pun dalam silibus di universiti dulu. Pandangan aku, ada jugak kawan kawan yang dah ada pelan kewangan sendiri. Umur sekian sekian, mesti ada berapa banyak simpanan dalam bank. Dan ada jugak kawan-kawan yang lebih suka untuk enjoy duit gaji. Yela, baru kerja, nak la merasa pakai baju, handbeg berjenama. Terpulang pada pilihan masing-masing. Dan setiap pilihan itu mesti ada baik dan buruknya.
3) Hidup berkeluarga

Kahwinlah apa lagi. Dan kita pun perlu merancang keluarga bagaimana yang kita perlu bina. Nak anak yang berdisiplin? Tapi kita masuk je dalam rumah kasut sendiri pun tak bersusun. Ini baru duduk sorang, kalau dah ada bini, anak ramai ramai, silap hari bulan hilang kasut nak pergi kerja. Lebih kurang macam tu lah analoginya. Kalau kita nak orang yang baik/ soleh jadi suami/isteri, kite pun mesti kena baik jugak!!

Cukup dulu perkongsiannya, baru nak panas!! Idea pun xde sangat. Ok, bye!