Saturday 9 November 2013

2nd day Kemboja@ Phnom Penh


Hye people. Assalammualaikum...


2nd day @Kemboja. Aktiviti khidmat komuniti bermula. Hari nieh kita akan pergi ke Kg Keh. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa 1 hari. Penat duduk dalam bus je. Episod hari nieh bermula pkul 7 pagi waktu kemboja. Waktu di kemboja awal sejam dari Malaysia. Tak de lah jauh beza sgt tp kalau subuh masok pukul 4.45 tue,,,huwaaaa,, awalnye nak kene bagun.. Hahaha..

Kalau di Kemboja pukul 7, di Malaysia pukul 8, jadi suasananya meriah la, berpusu-pusu owg ramai nak pergi kerja, kanak-kanak nak ke sekolah. Keadaan masyarakat dekat sini miskin sangat. Mereka hidup macam gelandangan. Serius. Di tepi-tepi jalan, dyowg bina pondok kecik ala-ala macam kiosk, kat situ berniaga dan kat situlah dyowg tido. Sekian sgt. 

Bila tengok kanak-kanak pergi sekolah, mereka tiada pon kasut khas, mereka cuma pakai selipar jepun je. Ini dekat tengah-tengah bandar belom lagi masuk kg. Huhuhu

Owh ye. Untuk menyenangkan keadaan kami guna simcard Kemboja.


Simcard Smart dengan top up 1 dollar


Gambar ini adalah suasana perjalanan untuk pergi ke Kg Keh di wilayah Kamport yang memakan masa sehari (pergi dan balik). Mereka di Kemboja tiada lebuh raya Utara- Selatan pon. Yang ada jalan pergi dan balik. Dan bukan semua jalan berturap dengan tar, perjalanan ke Kg Keh melalui jalan tanah merah. Jadie debu-debu berterbangan sana dan sini. Suasananye sama macam keadaan kg aku time kecik-kecik dulu.


ke Kg Keh di wilayah Kamport
Tiba sahaja kami di Kg Keh, kami di sambut baik oleh penduduk Kg. dan kanak-kanak yang comel. Tergambar keceriaan di wajah mereka di saat menerima tetamu.




Kanak-kanak di Kg Keh
Owh ya. Kawasan yang kami pergi nieh adalah kawasan sekolah pondok yang mana menempatkan lebih kurang 90 orang pelajar lelaki. Dan kalau dilihat pada gambar di atas, bangunan di belakang tue adalah kawan perumahan guru yang mengajar. Walaupun rumah guru, tetapi keadaannye daif sgt. Hanya tempat untuk berteduh sahaja dilapik dengan tikar. Di belakang sekolah nieh baru lah ada perkampungan.

Kami teruja disambut baik oleh org kg dan kanak-kanak. Apa yang berlaku, sewaktu turun dan edarkan "cekedis" @junk food dekat dyowg, subhanallah, berebut-rebut sehinggakan sampai ada bungkusan manggi tue terkoyak. Bersepia terabur di atas bumi. Kesiankan. Mereka di sana susah. Kita di Malaysia hidup senang. Walaupun susah takde lah sesusah mereka. Bak kata Dr. Nurlida, bersyukurlah.



Mubin sedand edarkan 'cekedis'. Berebut-rebut dyowg


Suasana dan pelajar-pelajar di Kg Keh

Mas dan Anim

Ok. Lepas je greeting dengan owg kg. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di tugaskan untuk bersihkan masjid dan lagi satu ditugaskan untuk bersihkan kelas-kelas pembelajaran. 


Nieh group bersihkan masjid.
Me, Farah, Aimi, Katrl, Leha.
Belakang: TokWe
Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan penuh daif. Kami tak bawak lah alat pembersihan, ingatkan pihak Kg yang akan disediakan tp sebaliknya. Penyapu tue ada ada tapi tak cukup. Masjid dipenuhi dengan debu tanah merah. Walaupon dengan serba kekurangan alat pembersihan kami lakukan juga proses pembersihan. Dan paling syahdu sekali di saat nak mengelap pintu dan tingkap masjid, kami mintalak pada penduduk Kg, kain buruk yang tak dipakai lagi untuk mengelap. Dan yang diberinye adalah serpihan perca-perca kain yang dah tak membentuk kain pon. Hurm... Allah,, bersyukurlah kita di Malaysia. Bila tengok balik kain perca tue, teringat kain perca mak yang tak gune dah bile menjahit dan kain tuelah aku selalu je buang sbb dah tak boleh gune lagi, tp dyowg tak simpan lagi untuk di buat lap tingkap.

Kata tokwe, "ikatlah kain tue sampai jadi gumpalan, nanti sedang cikit nak mengelap"....

Gambar di bawah nieh adalah gambar permandangan tepi jalan sewaktu perjalanan pergi dan balik ke Kg Keh. Kami berhenti sebab pemandangan dia cantik. Tak tau lah apa namanya. Mungkin empangan.

Mungkin empangan



Suasana sekitarnya.
Fiera (biru), Dr. Nurlida, Dell


Fiera, Dell and Me


Cantikkan? Subhanallah
Gambar kat bawah di pulak adalah gambaran sekitar empangan tadi. Ada pasar petang di tepi jalan. Kata En Rahman, "pasar di Kemboja ada dua kali, pertama sebelah pagi dan kedua sebelah petang sebab masyarakat dekat sini suka makan makanan yang fresh-fresh. Mereka hanya makan 2-3 kali sahaja disebabkan kesempitan hidup dan masyarakat kemboja nieh semuanye kurus-kurus sebab kurang makan katanya."

Memang betul pon, dyowg nieh kurus-kurus. Susahlah nak jumpe orang gemuk dekat sini.. Hehehe..



Di Kemboja, ramai yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan. Motorsikalnya bukan dinaik berdua tapi tiga owg naik malahan empat owg pon ada. Hanya penunggang sahaja yang pakai topi keledar, pemboncengan tidaklah di wajibkan. Harga petrol mahal,lebih kurang 1 liter = RM5. Ada juga yang menggunakan pengangkutan awam, seperti lori,.. satu lori tue boleh bawa 120 owg. Hah,, sesak tak sesak. Tapi itulah hakikatnya..






Me
Cube teka gambar kat bawah tue ap? Rasa-rasnye ap?....
Tue namanye katak percik..Hahaha..

Waktu naik cruise for the first day. En Rahman, tourist guard cerita, masyarakat kemboja nieh semua benda dyorang makan. Katak, kucing, buaya, anjing pon di makannye.. Hah,, melopong mulut aku bila dengarnye. Tapi, memang betul pon, susah sangat nak jumpe kucing dekat dalam bandar Phnom Penh tue, masok Kg Islam baru lah jumpe kucing. Kemboja nieh negar Buddha. Jadi banyaklah 'stupa-stupa' tepi-tepi jalan. Dari segi kebersihan pulak, dyowg masih lagi di tahap yang kotor. Cuma tempat yang bertaraf hotel, restoran tue bersih sikit lah.

Salah satu kedai yang kami makan di Kemboja masih lagi menggunakan arang kayu untuk memasak.. Whoa.. sebijik mcm zaman tok nek kita dulu-dulu kn?



Katak percik


Peniaga dan kataknye


Famous betul katak percik disini. Hahaha


Nieh sosej BABI.


Perjalanan pulang. Jom cepat naik bus
Waktu perjalanan pulang ke hotel, bus kami di tahan oleh penguatkuasa. Aku time tue dah mengelabah dah, yela sebab tak bawak passport. Kalau di tahan mau jadi warga Kemboja. Huwaaaa.... Hahaha.

Kami di tahan sebab penguatkuasa tak benarkan bus lalu menggunak jalan tue pada waktu malam. Waktu dah senja dah, nak masok isyak dah. Kami di arahkan menggunakan jalan lain, sekiranya kami nak lalu jugak jalan tue kami akan di kenakan bayaran (rasuah). Berapa dolar ntah dyowg mintak. Tapi, Wan si Driver bus tue tak bagi duit pon,kami patah balik ikut jalan lama.

Jalan lama nieh, subhanallah, mengucap jela, dia punye debu kemain lagi. Lebih teruk dari jerebu dengan jalan yang berlopak-lopaknye. Sangat menguji kesabaran. Tak pelah at least kita tahu kesusahan owg lain macam mana. Harapnya hati nieh lebih bersyukur pada Allah. Indeed.




Nielah suasananye. Dengan jalan yang tak berurap lagi.


Suasana malam di kota Phnom Penh


Dinner time


Mewah kan kami di Kemboja. Alhamdulillah. Nampak tak biji-biji hijau hitam tue? Shima cakap tue lada hitam. Whoaa!!! fresh pnye dia letak


Nieh dia restoran yang menyediakan dinner kami. Sedap whoa..





Sekian. Love from Kemboja.

1st day Kemboja@Phnom Penh (part 2)


Elok sampai je kemboja dah ada travel agent yang tunggu dah. Jadi senanglah pergerakannye. Memandangkan kami tiba di kemboja lebih awal daripada jangkaan travel agent, kami di bawa bersiar-siar naik cruise dekat tasik Tonle Sap. Hah,, biasakan dengar nama tasik tue dalam buku sejarah. Teruja kowt. Ahakkss...



Ini gambaran suasana di Kemboja. Masih lagi mundur. Bertatih sedang membangun.


Moto yang belakang dia boleh bawak owg tue, yang macam kereta kuda tue namanye Tutt Tutt... Klu nak pusing bandar $8 satu tue..

Dihadapan tasik Tonle Sap. Get ready nak naik cruise.


Mubin and Nadiah

Tak ingatlah berapa harga. Rasenya $15 dolar per person (1 hours)

Semua excited nak naik

Berlatar belakang kan Tasik Tonle Sap. Dekat tepi-tepi tasik tue ada perkampungan Muslim yang hidupnya dalam perahu. Maksudnya dyowg jadikan perahu tue sebagai rumah dyowg.

Me, Anim, and Farah


Ini antara bangunan yang sedang dibina. Kata En Rahman, tourist guard, dah lama dah bangunan nieh start dibina tapi masih lagi tak siap-siap.



Belakang David tue, aktiviti mengorek pasir.

David

No words. Picture Only

Me

Aimi

Suasana maghrib sekitar tasik Tonle Sap.

Bandar Phnom Penh dari atas cruise

Selesai je naik cruise, kami dibawa makan di Cafe Malaya (Halal Food), yang menyediakan makasan melayu.Pergghh.. sedap kowt. Tak rasa macam duduk kat Kemboja, macam duduk kat Malaysia je.
Lepas makan, kami di balik balik ke hotel. Kami tinggal di New York Hotel. di tengah-tengah bandar Phnom Penh yang bertaraf 3 bintang. Puas hati. Layanan dia sangat bagus. 


Nieh nama dan alamat travel agent yang kami gunakan:


Ustaz Yahya Al-Hafiz (Manager)
N 805. St 5. Phom 1.
Sangkat Chrang Chomres 1.
Khan Russey Keo.
Phnom Penh, Cambodia.

+855 78 5050 48
+855 15 5050 48

cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

1st day: Kemboja@Phnom Penh (part 1)


Hye! Salam to people...

Disebabkan penyakit pemalas menguasai diri.. buku tak baca, journal pon tak baca, lab pon tak pegi..
Jadi untuk mengelak rasa ralat sangat, update lah blog nieh. Kihkih.. Bajet giler.

Owh okay. Ini update pasal trips ke Kemboja@Phnom Penh. Bukan trips sangat lah tapi salah satu aktiviti khidmat masyarakat di Kemboja. Group kami adalah group yang last sekali untuk batch kami bagi lawatan antarabangsa nieh (Global Islamic Student Outreach : GISO).

Biasanya tempat lawatan yang dipilih adalah kawasan yang mempunyai penduduk Islam minoriti. Sambil melawat sambil kita buat amal bakti hantarkan bantuan. Indirectly, this activity will promote and introduce USIM worldwide.



Di udara @Mas


Kemboja dari atas. Kalau tengok dari atas, kawasannya tanah pamah. Penempatannya berkelompok.



Kemboja kami datang. Safely arrived. Owh ye, airport nye kecik sangat. Lebih kecik dari KL sentral.
Bak kata mubin, Kemboja nieh macam Malaysia 30-40 an dulu.



Again. Cambodia from flight's window.



Phnom Penh



Ahaha. Tak cukup ruang letak barang bawah bus. Angkut barang melalui tingkap. Kotak-kotak tue semuanya barang sumbangan.


Aley n Kicap

Bergerak ke hotel. Bersempitlah dahulu ye.

GISO: Kemboja @Phnom Penh

Nadiah and shima @KLIA
Kami ada misi.

Friday 11 October 2013

Ho ho ho...

Hye, Assalammualaikum....

Ho ho ho... balik kampung.... (dalam perjalanan balik ipoh). Untuk kali nieh kite konvoi; Sila as a driver, Kak Ana as a co-driver, and me as a blogger (Ahakkss... bajet la sgt)

Urm.. takde cerita, tapi nak juga menulis. Kalau buat karangan tue klu xde idea maka tak jadielah karangan. Bukan xde idea, idea tue ada but the way how to manage writing content tue yang tak reti.

This is my problems. I have idea, but I  don't know how to write. Kadang-kadang, ianya mengambil masa yang lama sgt untuk menulis. Serius. Kalau waktu zaman sekolah dulu, aku selalu kne tegur sebab kertas peperiksaan penulisan aku selalu comot. Mana tak nye, asal tulis je potong, tulis lagi perkataan potong lagi.. Aisshhh... Dan smpai sekarang the same things happen to me. Azammnye bila dah ada blog boleh la belajar manage kn idea supaya isi yang bagus boleh diperkembangkn dgn baik... In sya Allah

____________________________________________

Owh ye, awal3x pagi lagi Dr Alina dah hantar mesej tanya update thesis.. Huhuhu,, cuaknye.. rasa macam tak nak balik pulak. Tapi masa tue aku dah angkat barang masuk kereta.. Nak tak nak,, bye Nilai.. Hahaha..
Mungkin Dr risau sebab aku punye je yang bnyk problems.. Doakan ye moga Allah permudahkan. Amin~

-------------------------------------------------------
Isu 1: Implikasi minyak naik

As you already knows, minyak dah naik. Kalau minyak naik semua benda pon akan naik. Itu lumrahnya. Sebagai seorang pelajar yang hanya menggunakan motor terasa la sedikit tempiasnya. Sekejap je dah abis minyak. Lagi la kan final year nieh bnyak bergerak keluar untuk cari sample la, ulang-alik lab la, n etc.. Dan bagi student yang bawak kereta, opkosh la kn ianya terasa beban sgt. Mana taknye dengan minyak kereta nye, servis lagi, maintainance lagi n etc. Sebulan tue ratus la juga kne standby.

Kesan daripada kenaikkan minyak juga menyebabkan yuran pengajian universiti pon naik. For me, its not a big issue but others really concern about it. Sebabnya, aku tak pernah peduli pon berapa yuran aku sebenarnye untuk setiap satu sem. Yang pasti setiap sem, aku akan bank in RM1500 untuk yuran. At the end of semester ada tunggak around RM9++.. mane dtg ntah la. Dan bila kira balik rupenya setiap sem cost about RM19++,, whoa!! bnyak kowt. Tapi balance duit scolarship dh abis,, Sobsobsob.. tak pasal-pasal kene  buat part time untuk cover balik tunggakan. Aishhh...

Ini pendapat aku, yuran tue memang dah naik dah. Boleh nak buat complain pada pihak universiti. Tapi mungkin ianya hanya akan tinggal complain sahaja. Boleh jadikn? dan possibility untuk yuran turun balik adalah zero.. Dalam kata yang senanngnye kita tak mampu untuk mengubah keputusan pihak universiti tapi kita mampu mengubah keadaan diri kita. Dah tahu perbelanjaan meningkat, apa lagi berjimat-cermatlah... Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Jangan ikutkan sgt trend seorang student, setiap sem je mesti nk tukar enset baru. Yang latest model pulak tue.. Ukurlah baju dibadan sendiri.. Untuk mereka yang mampu terserahlah...

____________________________________________

Isu 2: Part time

Untuk final year, ramai jugak la classmates y buat part time. Kadang-kadang pelik, kenapa dyowg buat part time. Kalau aku dibagi pilihan, aku pon xnak buat. Tapi disebabkn aku ada tunggakan yang bnyk, terpaksalah. Tunggakan tue terjadi disebabkan mistakes aku juga, yang tak peduli pon pasal yuran bagai, lepas tu kalau berbelanja, mak ai, macam kat bank tu ada berjuta-juta. I admitted. This my wrong. Yang tak reti nak manage duit. Management problem ag.. belom lagi bab time management...

Dulu aku buat part time as a tutor dekat salah sebuah pusat tuition. Hidup aku bukan macam owg lain. Ada masa hang out, berehat y cukup, tenang je buat assignment. Tapi aku rushing kesana-kemari. Jealous!.. Tak kesah la semua tue, yang pnting aku dah jatuh cinta pada kerja yang aku buat. Jatuh cinta pada budak-budak comel yang selalu bnyak bertanye dan aku tak tau nak jawab apa...HAHAHAHA.. kesian kat dyowg.

Alhmdulillah tunggakan dah selesai dan aku pon dah berhnti as atutor. Berat jugak hati bila nk berhenti pada kerja yang kita suka. Tapi, thesis aku lagi pnting. Perlu diberikan perhatian sepenuhnya..

Bila kwn2x taye aku pasal part time tutor. Mesti aku taye balik "Kenapa nak keje? Tak yah la keje, belajar jela".. Kata mereka nak cari duit lebih. Next question comes into my mind, buat apa nak duit lebih, payah klu kerja sambil belajar. Stress sgt. Tapi aku selalu twist pemikiran aku, mungkin dyowg ada problems yang sama macam aku, mungkin dyowg xnak beban kn parent, mungkin ini adalah salah satu strategik dyowg kumpul duit untuk kahwin,, mungkin,,mungkin,,,

Apa yang penting setiap daripada kita berbeza, aku x boleh la kan nak expect dyowg tue sama mcm kite. Walau apapun pilhan anda, akdemik mesti diutamakan...

# ini sekadar pendpt, barangkali aku xnmpk apa y korang nmpk. sudut pndang kita berbeza. Stay chill!!

Gigih nak update dlm kereta.




#cukup la setakat itu. pening pulak rasenya, rasa mual ntok dlm kete lama-lama nieh,, nak termuntah pon ada.. lmbat lagi nk smpai,, home sweet home#



Wassalam..



Wednesday 9 October 2013

.:: Menghitung Hari ::.

Hye, Assalammualaikum...

Lamakan tak menconteng disini. Bnyk benda, perkara, dan peristiwa yang berlaku. Segalanya hanya menjadi kenangan...

Nak cerita pun dah tak best dah!!

And the most important thing is count down the day.
Day by day left me without say goodbye..
I just waving my hand...

Walaupun dihalang ianya akan pergi dan berlalu jua..

"Menghitung hari untuk balik ke rumah melepaskan rindu pd keluarga"
"Menghitung baki hari yang tinggal untuk due date final yr projct"
"Menghitung hari untuk I-inova"
"Menghitung hari untuk Khidmat komunit Kemboja"

Penat nak hitung. Penat juga untuk mengejar...

Kalau di biarkn pergi, PARAH la jwbnye....

"Sedih, Pasrah, Putus Asa"...... itu bukan Aku, bukan juga sifat orang Islam..

"Mungkin ada sesuatu yang tak langsai. Sehinggakan, terasa susah, berat untuk menghadapinya. Barangkali urusan di atas bersamaNya tak selesai lagi. Mungkin ada yang tak cukup, terkurang. Sepatutnya semakin sibok urusan kita, semakin rasa kita perlukn Allah lebih untuk mempermudhkn urusn. Ini tidak makin sibuk terasa makin jauh pulak...."

"Reset balik diri. Audit diri. Jadilah QA untuk diri sendiri"

Last word:

"Kalau kita buat sesuatu untuk mengharapkan manusia, kelak kita sendiri akan kecewa. Usah ditanya kenapa. Tapi itu realiti kehidupan, manusia lemah, mempunyai keterbatasan."

Binalah kekuatan untuk mendidik diri supaya sentiasa bergantung harap pada Allah, walaupun dalam keadaan senang atau susah.... :-)




Cheer up!!

"Djah ckp nieh geng marhaban...Hahaha..Tapi sebenarnya nieh geng torquise"










Daaaaa!!!... With LOVE. Muaahhhh..



Monday 12 August 2013

Cerita dalam train .

Hye! Assalammualaikum...

Ini cerita dalam train. Dah lama pon berlaku. Tapi nak jugak cerita disini untuk bukak minda kalian semua. Cehh..

Dalam perjalanan pulang dr kampus ke kampung halaman, apa lagi chit chat la kami dua beradik. Aku dan Kak Yong. Lama x jumpe kowt. Rindu sangat. Bila dah jumpe macam-macam cerita keluar. dari A-Z..

Macam biasa, Kak Yong dari Serdang (UPM), dan aku dari Nilai (USIM), bertemu di KL centre untuk naik train ETS balik perak. Macam aku cakap tadi segala-galanya akan ku ceritakan bila kitaorg bertemu dan sampailah bab kitaorg borak pasal 'siapa selalu balik rumah tengok mak dan ayah'.



Dan dah tentu la kakak aku yang selalu balik. Aku dan Dia lain, walaupun kitaorg adik-beradik. Aku jarang sangat balik rumah. Oppss.. bukan tak balik, tapi balik bila ada cuti yang lama cikit, macam midsem break ke, klu rindu sgt baru balik, tapi kalah la kalau nak di bandingkan dengan kak yong.

Kak Yong akan balik bila dia suka nak balik. Asal hujung minggu je dia balik. Boleh dikatakan setiap hujung minggu mesti kak yong balik tengok mak dan ayah.

"Yong, aku bukan tak nak balik rumah sekerap mungkin, tapi bila pikir duit yang akan banyak abis bila balik, aku terpaksa batalkan niat untuk balik selalu, nak berjimat cikit..."

"Bagi aku la kan dikk, duit kalau kita belanjakan untuk mak dan ayah ataupun untuk agama Allah,, tak payah la risau sebab Allah akan cukupkan kita duit" 

Whoaa! Tersentap seketika. Kelu lidah tanpa bicara.

"Betul,,, aku kan selalu je balik perak, tapi alhamdulillah duit aku selalunye cukup sampai akhir sem.." 

Diam lagi. Kagum.

"Adik, result aku teruk la.."
"Aikk, dah keluar dah result? PNGK cmne? Okay" 
"Jatuh cikit. Risaulah kalau tak dapat first class degree, aku kena bayar balik duit PTPTN tue, kalau dapat 1st class boleh convert jadi scholarship kn.."
"Aku pon risau gak aku punye result nieh,, asal ko merosot"
"Aku rasa la sebab sem nieh aku jarang balik rumah cikit tengok mak dan ayah,,pasal tue kowt"
Speechless. No idea. Apa dosa aku Ya, Allah.! 

Bila muhasabah balik apa yang berlaku, KEBERKATAN mak dan ayah sangat penting dalam hidup. Kak Yong yang selalu balik rumah tengok mak dan ayah, dimurahkan rezeki dengan dean list dan diberi kecukupan rezeki untuk survive kat UPM. Hurm~

Belum terlambat. Perbaiki diri. =.='

May Allah blessed. Indeed.










With love. Diary Adawiyah.

 

 
 

Saturday 27 July 2013

Student Bertanya

Assalammualaikum semua!

Hari nieh kita akan bincang balik soalan peperiksaan pertengahan tahun hari tue ye!

Keluarkan buku, salin jawapan yang betul di papan tulis nie ye!


Subjek : Bahasa Melayu ( Penulisan)
Bahagian A: Petikan Bergambar
"Petikan bergambar tersebut menggambarkan suasana di luar dewan, dimana para pelajar sedang mengambil keputusan peperiksaan. Ada yang sedang bergembira kerana lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan ada yang sedang berduka kerana gagal dalam peperiksaan"

Sedang saya menulis jawapan yang betul di papan putih, salah seorang pelajar bertanya:

Barir  : Cikgu, kenapa orang yang gagal selalu menangis?

Belum sempat saya menjawab, seorang lagi pelajar telah memberikan pandangannya.

A'im  : Mestilah sedih. Semua orang berjaya, kita seorang je yang gagal
Barir : Yela, tapi salah siapa. Salah orang itu sendiri la kan, dia yang malas nak berusaha, bila gagal tue           terima jela. Tak payah nak nangis-nangis.

Saya diam membisu, memerhatikan gelagat dan cara pemikiran murid Tahun 6 nieh.

Cikgu : Barir, kalaulah satu hari nanti Barir gagal dalam peperiksaan sedangkan Barir dah berusaha                    bersungguh-sungguh dah. Barir akan nangis kesedihan tak?

Barir : Tak. Saya tak sedih pun. Buat apa nak sedih, semuanye dah ditetapkan oleh Allah. Kita terima jelah         qada' dan qadar Allah.

Tiada apa lagi jawapan yang harus Cikgu berikan. Barir lagi matang menilai sesuatu. Di usia yang terlalu muda sudah pandai menilai ujian itu datang dari Allah. Kamu hebat sayang!. Semoga menjadi anak yang soleh. Amin~


#baitulsakinah#year6#
#pusat bimbinngan akademik mutiara, kota warisan#


Wassalam.With Love.

Friday 19 July 2013

#DREAMS#

Hye people!


Setiap orang ada impian. Ada matlamat yang ingin dicapai. Semua itu adalah untuk memperbaiki kehidupan kita kea rah yang terbaik.

Dan impian tue hanya dapat dicapai dengan keazaman yang kuat dan jitu untuk melaksanakan apa-apa sahaja yang menyumbang kea rah tercapainya impian. Setiap orang akan melakukan apa sahaja, asalkan apa yang diinginkannya tercapai.

“Shhh,,, pejam mata, bayangkan apa yang kita diimpikan.”

 Indahkan. Dan lagi indah kalau impian tue tercapai.

Dan ia nya tidak akan tercapai hanya dengan angan-angan sahaja tanpa usaha. Apa yang kita angankan atau impikan perlulah selari dengan usaha. Tanpa usaha, impian yang indah akan bertukar menjadi bayangan di alam fantasi sahaja…

Dan Alhamdulillah. Apa yang saya bayangkan dulu sewaktu di tingkatan 5, telah menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah,, Alhamdulillah,, Alhamdulillah.

Hurm,, sekarang? Saya sedang merancang untuk masa depan yang akan datang. Teruskan merancang. Keep it smile!! Chills!!

People always said:

“Saya takut pada masa hadapan saya sebab saya mempunyai masa lalu yang teruk. Saya sering gagal pada masa lalu”.

Kalau awak gagal pada masa lalu, awak nak gagal lagi kew untuk masa akan datang? Dan semestinya jawapan awak TIDAK kan? Teruslah bina impian untuk berjaya.

“Jangan TAKUT dengan masa hadapan”.

Masa lalu dan kegagalan biarkan ialah pergi menjadi yang lalu dan silam. Bina masa hadapan dengan gunakan masa sekarang untuk memperbaiki kesilapan masa lalu.

Kata pujangga, “orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh!”

“Don’t blame yourself with the previous mistake”

Blame? Salahkan diri sendiri?

Buat kesilapan adalah perkara biasa. Semua orang buat kesilapan. Jangan salahkan diri anda dengan kesilapan yang lalu. Kelak ia akan menjatuhkan motivasi diri.

Put trust on yourself!

 Cari hikmah disebalik kesilapan itu dan again don’t forget quote: “Orang yang melakukan kesilapan yang sama berulang kali adalah manusia yang bodoh”.

End.

Salam Ramadan. 
With LOVE. AHN.



Baiknya Ayah :-)

Assalammualaikum... Salam Ramadan!

Setelah sekian lama menyepi dan sekarang kembali bersiaran pada bulan ramadan....


Owh ya! saya ada satu aktiviti lawatan antarabangsa ke KEmboja.. Fantastic!

Then, what happen?

Tapi masih dalam dilema. Nak pergi ke tak? pergi,,, tak pergi,,, pergi,,, tak pergi,,, ARRRGGGHH.. got confused.

Bila tanya pendapat kawan-kawan, dyowg galakkan pergi. They said bila lagi nak g Ada.. sekarang je peluang kita ada untok pergi ngan kawan-kawan..

Ikutkan hati, nak je ikut, tapi ikutkan kemampuan,, urmm,, 
diumpamakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lorhh,, apa susahnye, mintaklah kat parents.

Hmmm,,, malulah nak mintak,,,huhuhu..
I trained myself supaya ada simpanan sendiri ntok buat sesuatu. Dari kecil lagi, aku dan kak yong akan kumpul duit raya banyak3x, dan sebelum bertolak balik ke perak mesti singgah dulu shopping buku kat Aneka, Gurun... begitu juga kalau nak beli barangan lain yang diimpikan.

Duit simpanan sendiri?

Hah? ada tue ada tapi bukan ntok ke Kemboja. Duit tue adalah duit simpanan masa hadapan. Kowt la kalau terdesak, ada la sikit simpanan. Dan duit simpanan tue disimpan ntok wishlist yang tak tercapai lagi targetnye,,,

Parah la gitu,, nak mintak parents serba salah, nak keluarkan duit sendiri pon tak boleh..

Huhuhu...

*********************
Petang tadi, tepon ayah, bincan ngan ayah sebab rasa macam betul ke keputusan ntok lepaskan peluang pergi kemboja. Rasa macam terdesak sangat sebab nye tertubi-tubi organiser Kemboja hantar mesej mintak no akaun bank islam dan ic. Tapi xreply2 pon.

Me: Hello, assalammualaikum.
Ayah: Waalaikummussalam..
Me: Ayah tengah buat apa tue?
Ayah: tak wat pape. dok tengah tengok tv.
Me: Ayah mak ada tak?
Ayah: tak, mak keluar jap g bazar ramadan, beli lauk cikit.
Me: Owh, ayah dengarlah adik nak cite nie.
Ayah: urm,, kenape?
Me: Ayah, kita ada program ke kemboja. Ayah rasa adik patut pergi tak?
Ayah : urm,, mana la ayah tahu..
Me : Sebenarnye ke bayar kalau nak pergi, tapi.... adik takde duit....(sedih)
Ayah : Berapa kene bayar?
Me: RM400.
Ayah : Takpe nanti ayah bayarkan.
Me: Ayah takpe kew? Adik tak kesah pon kalau tak pergi.
Ayah: Takpe ayah bayarkan. Tapi gtau awal la bila nak gunanye.
Me: Betul ke ayah. Nanti ayah takde duit pulak.
Ayah : Takpe... hari nie bukak puasa dengan apa?
Me : Ntah, tak g beli lagi. Igat nak bukak puasa kat masjid jew. Tak tau agi macam mane...

............. end.
Me : Bye, ayah! Jaga diri tau!

*****************

Ayah..
Dari aku kecil sampai sekarang, bila mintak apa-apa jew, tak pernah nak cakap tidak!

He never says NO! 
Tapi aku yang serba salah dibuatnya.. sebab tue malas nak mintak.
Sepatut pada masa sekarang, aku ngan kak yong dah start tolong ayah, mak n adik-beradik lain. Tapi kitaorang tak abis lagi belajar..

Mak,, Ayah,, sabar ye, lagi setahun jew adik n kak yong belajar. Pahtu dah boleh tolong mak ngan ayah.. (Ya Allah, mudahkan urusan pembelajaran aku dan kakakku agar kami dapat graduate dengan jayanya. Amin~)