Saturday 27 July 2013

Student Bertanya

Assalammualaikum semua!

Hari nieh kita akan bincang balik soalan peperiksaan pertengahan tahun hari tue ye!

Keluarkan buku, salin jawapan yang betul di papan tulis nie ye!


Subjek : Bahasa Melayu ( Penulisan)
Bahagian A: Petikan Bergambar
"Petikan bergambar tersebut menggambarkan suasana di luar dewan, dimana para pelajar sedang mengambil keputusan peperiksaan. Ada yang sedang bergembira kerana lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan ada yang sedang berduka kerana gagal dalam peperiksaan"

Sedang saya menulis jawapan yang betul di papan putih, salah seorang pelajar bertanya:

Barir  : Cikgu, kenapa orang yang gagal selalu menangis?

Belum sempat saya menjawab, seorang lagi pelajar telah memberikan pandangannya.

A'im  : Mestilah sedih. Semua orang berjaya, kita seorang je yang gagal
Barir : Yela, tapi salah siapa. Salah orang itu sendiri la kan, dia yang malas nak berusaha, bila gagal tue           terima jela. Tak payah nak nangis-nangis.

Saya diam membisu, memerhatikan gelagat dan cara pemikiran murid Tahun 6 nieh.

Cikgu : Barir, kalaulah satu hari nanti Barir gagal dalam peperiksaan sedangkan Barir dah berusaha                    bersungguh-sungguh dah. Barir akan nangis kesedihan tak?

Barir : Tak. Saya tak sedih pun. Buat apa nak sedih, semuanye dah ditetapkan oleh Allah. Kita terima jelah         qada' dan qadar Allah.

Tiada apa lagi jawapan yang harus Cikgu berikan. Barir lagi matang menilai sesuatu. Di usia yang terlalu muda sudah pandai menilai ujian itu datang dari Allah. Kamu hebat sayang!. Semoga menjadi anak yang soleh. Amin~


#baitulsakinah#year6#
#pusat bimbinngan akademik mutiara, kota warisan#


Wassalam.With Love.

No comments:

Post a Comment