Thursday 30 May 2013

Ikhlas

Selamat sejahtera ke atas kamu!



"Ikhlas adalah buah iman. Perlu dicipta. Ia tidak akan datang sendiri. Ia juga perlu dilatih"

Dan bagaiman nak cipta? (Itu soalan yang sering diutarakan)

Ikhlas terbentuk dari muhajadah yang kita lakukan sehari-harian untuk melakukan kebaikan dan menghalang diri kita daripada melakukan kemungkaran.

Cakap senangkan:
"Kita perlu ikhlas, baru apa yang kita buat diberkati"

Tapi hakikatnya. Subhanallah. Peritnya hatiku.

"Ikhlas diumpamakan seperti seekor semut hitam, duduk di atas batu hitam, ditengah malam yang gelap."

*        *         *

Dulu masa darjah 6. Cikgu Aminah selalu berpesan selepas habis kelas Matematik, cikgu cakap begini:

 "Nanti lepas solat selalulah berdoa kepada ibu bapa, doa sekali agar dimudahkan untuk menjawab soalan UPSR nanti. Doa tue mesti ikhlas.
 In Syaa Allah, Allah akan beri pada hambanya yang telah berusaha "

Kebetulan masa tue, saya duduk betul-betul depan meja cikgu. Lantas,
"Cikgu ikhlas tue apa?"

Cikgu Aminah: "Ikhlas itu datang dari hati. Kita berdoa betul-betul dari hati bukan sebab sesiapa."

Itulah ajaran cikgu. Bertetapanlah dengan usiaku yang baru 12 tahun.

Tapi sekarang, bila meningkat usia, seperti tidak faham apa itu ikhlas. Faham maksud ikhlas. Tapi realiti macam tak faham.

Sebelum ke kelas Quality Assurance pagi tadie, sempat juga ku berdiskusi dengan roomateku..

"Kenapa kita perlu  buat sesuatu perkara benda yang kita tak suka, takde hati pon nak buat."
"Bukankah benda yang kita buat dalam keterpaksaan hanya membuang masa sahaja, dan penat je yang dapat. Kan useless tue?"

"Ye, betul buang masa dan penat jew yang kita dapat, tapi kita perlu juga fikir perasaan orang lain yang perlukan bantuan kita, walaupun aku xsuka buat, aku akan positifkan balik pemikiran aku, agar apa yang aku buat tue tak sia-sia, tak sakit hati bila mengenangkan balik, dan terjauh dari dosa mulut yang akan mengungkit kemudian hari bila kita buat dengan tidak ikhlas." said Azah Nazihah


# ku perlukan kematangan untuk menilai sesuatu.
Wallahu'alam








Wassalam. Salam Cinta.


As,Umi,Rus,Aishatul,Sila,Ada.

Tuesday 28 May 2013

Pause!

Assalammualaikum W.B.T

cute bears said "think first before do judgement''

"Think first before do judgement on people"

Manusia tiada hak pon hendak menilai seseorang itu. 
"Who is right and Who is wrong? It's not our jobs"
Apa yang kita boleh buat adalah ambil iktibar apa yang berlaku. Tak kesahlah samaada baik atau buruk, semuanya adalah antara jalan yang Allah tunjukkan untuk mentarbiah diri. Finish!


New topic! School's holidays will be ended just around the corner. ohye, sementara cuti nieh la kenduri-kendara bnyk. "KAHWIN". Pada usia sebegini, memang topik kahwin tue hanya dibibir sahaja. 

 Yup! Manusia punye fitrah menyukai orang yang berlainan daripada jantinanya. Tak salah suka pada seseorang. Dan itu adalah sesuatu yang normal. Tapi harus diatur fitrahnya agar tak memakan diri.
Dalam islam, untuk meraikan fitrah ini, kita dibolehkan untuk berkahwin. "Live as husband and wife"

Itu bagi yang berkemampuan. Silakan. 

Tapi perkahwinan itu is not talking about husband and wife. or I and U. or Ayang and Anja. or Abang and Adik. or Saya and Awak. (* speechless).. but more than than. setiap inchi kehidupan selepas kahwin semuanya kita fikir, satu per satu.

My friend asked me, "Ada, bile nak kahwin?"

"Ntahlah, saya tak abis hafal lagi Juz 30"

"Aik, nak kahwin kene hafal Juz 30 kew?"

"Hmmm,, itu target saya.. Ikut awaklah"

"Pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat, perlu bermula dari dengan diri sendiri  dahulu."

 Untuk membina generasi abrar yang berkualiti dan hebat, perlu untuk kita kualitikan diri sendiri dengan ilmu agama dan amalannya sekali.
In Shaa Allah.

~Kehidupan di dunia adalah berlaburan yang besar di akhirat kelak~
 bye. moga Allah mudahkan urusan kita.

With Love.



p/s struggling doing the rest of assignment before study week. #fstusim#


Thursday 9 May 2013

wordless #

Hi, people!

"Mengalah tidak bererti kalah, tapi mengalah untuk menjaga hubungan sesama manusia"
"Dalam berkawan, ada yang tersinggung, ada yang terluka, ada yang gembira, ada yang gelak ketawa,, kadang-kadang indah tapi kadang-kadang duka melanda"
"Apa yang penting ialah berlapang dada,,,"




love u.
 








bye.AHN