Thursday 30 May 2013

Ikhlas

Selamat sejahtera ke atas kamu!



"Ikhlas adalah buah iman. Perlu dicipta. Ia tidak akan datang sendiri. Ia juga perlu dilatih"

Dan bagaiman nak cipta? (Itu soalan yang sering diutarakan)

Ikhlas terbentuk dari muhajadah yang kita lakukan sehari-harian untuk melakukan kebaikan dan menghalang diri kita daripada melakukan kemungkaran.

Cakap senangkan:
"Kita perlu ikhlas, baru apa yang kita buat diberkati"

Tapi hakikatnya. Subhanallah. Peritnya hatiku.

"Ikhlas diumpamakan seperti seekor semut hitam, duduk di atas batu hitam, ditengah malam yang gelap."

*        *         *

Dulu masa darjah 6. Cikgu Aminah selalu berpesan selepas habis kelas Matematik, cikgu cakap begini:

 "Nanti lepas solat selalulah berdoa kepada ibu bapa, doa sekali agar dimudahkan untuk menjawab soalan UPSR nanti. Doa tue mesti ikhlas.
 In Syaa Allah, Allah akan beri pada hambanya yang telah berusaha "

Kebetulan masa tue, saya duduk betul-betul depan meja cikgu. Lantas,
"Cikgu ikhlas tue apa?"

Cikgu Aminah: "Ikhlas itu datang dari hati. Kita berdoa betul-betul dari hati bukan sebab sesiapa."

Itulah ajaran cikgu. Bertetapanlah dengan usiaku yang baru 12 tahun.

Tapi sekarang, bila meningkat usia, seperti tidak faham apa itu ikhlas. Faham maksud ikhlas. Tapi realiti macam tak faham.

Sebelum ke kelas Quality Assurance pagi tadie, sempat juga ku berdiskusi dengan roomateku..

"Kenapa kita perlu  buat sesuatu perkara benda yang kita tak suka, takde hati pon nak buat."
"Bukankah benda yang kita buat dalam keterpaksaan hanya membuang masa sahaja, dan penat je yang dapat. Kan useless tue?"

"Ye, betul buang masa dan penat jew yang kita dapat, tapi kita perlu juga fikir perasaan orang lain yang perlukan bantuan kita, walaupun aku xsuka buat, aku akan positifkan balik pemikiran aku, agar apa yang aku buat tue tak sia-sia, tak sakit hati bila mengenangkan balik, dan terjauh dari dosa mulut yang akan mengungkit kemudian hari bila kita buat dengan tidak ikhlas." said Azah Nazihah


# ku perlukan kematangan untuk menilai sesuatu.
Wallahu'alam








Wassalam. Salam Cinta.


As,Umi,Rus,Aishatul,Sila,Ada.

No comments:

Post a Comment