Friday 11 July 2014

Pelangi senja

Kemboja @Phnom Penh


Hari ini cerah.
Aku melangut ke atas.
Lihat langit biru.
Kadang-kala kepulan awam putih mengambar sebuah cerita bahagia.
Petang nanti, mungkin awam dan langit akan terus ceria seperti pagi hari.
Dan, mungkin hujan akan menerjah membasahi bumi.
Kalau hujan mula membasahi bumi, aku akan nyaman.
Udaranya terasa begitu sejuk.
Tapi,kadang kala, dentuman kilat sabung menyabung menjadikan aku begitu takut.
Barang kali Tuhan sedang marah pada kita.
Hati akan tersentap dan beristigfar mengagumi kebesaran Tuhan.
Selepas hujan turun, pelangi akan muncul.
Beri bahagia pada orang yang melihat.
Senyuman terukir dibibir.
Sambil memuji indahnya pelangi.
TAPI, ianya hanya sebentar sahaja.
Selepas matahari mula menguasai bumi, pelangi akan pergi meninggalkan kita.
“Pergi meninggalkan kita”
Umpama bahagia melalui senyuman yang terukir dari bibir, perlahan-lahan meninggalkan kita.
Tiada lagi senyuman yang terukir.
Aku katakana pada diriku.
Berpijaklah pada bumi yang nyata..

Langkawi

Hurm…

Kaki perlu melangkah walaupun pahit.

Air mata perlu dikesat agar hati lain tiada kerisauan.

Teruskan senyuman walau pelangi sudah pergi.

Teguhkan kaki untuk berjalan dengan usaha, doa, dan tawakal yang tidak putus-putus padaNya.




 ..................

.Adawiyah.

Cerita Hati



Aku terasa kosong.

Perasaan ini dah lama bersarang di hati aku.

Dan sekarang aku risau akan perasaan kosong itu akan menjauhkan lagi jarak aku dengan Penciptaku.

Aku cuba menulis apa yang berada di hati aku dan apa yang bermain di fikiranku.

Melalui menulis mungkin aku akan lebih sedar.

Aku kosong. Jiwa aku umpama tidak bererti.

Aku solat.

Tutup aurat, tapi kadang kala ada tidak sempurna.

Lepas solat aku baca doa.

Tapi doa aku tiada ruh.

Doa hanya dibibir sahaja.

Bila kita dah biasa dengan hafazan, kadang kala kita boleh ungkapkan doa yang dihafal tanpa didalami 
dengan hati yang bersih.

Aku perasan keadaan itu berlaku pada aku.

Tetiba je aku, Amin. Tangan sauk ke muka.

Sampai satu ketika, aku soal balik diriku, aku baca doa apa tadie.

Aku doa untuk dapatkan apa?? Bingung.

Dan dah lama aku begitu.

Bukan sebulan dua. Tapi bertahun.

Kadang kala disebabkan kesibukan, kita terkejar-kejar, jadi solat itu dipendekkan.

Tapi kalau tak sibuk pula, kita lambatkan solat, katanya waktu masih panjang.

Diakhir waktu baru tunaikan solat,itu pun terkejar-kejar nak kejar waktu solat yang makin berpenghujungan.

Aku tahu aku buat salah.

Sampai  sahabat aku tegur, “Last aku Nampak ko selalu bangun malam waktu tahun satu dulu”

Sekarang aku dah abis belajar.

Allahuakbar… Aku abaikan waktu aku selama 4 tahun bergelumang dalam kemalasan, lebih utamakan keenakkan hawa nafsu.

Baca Quran? Kadang kala aku baca. Tapi tak konsisten.

Dek kepenatan dunia, lepas solat sahaja tubuh ku dah ada di tilam lusuh.

Aku terasa letih sangat. Tak tahu apa puncanya. Lebih sebab terlebih tido atau betul-betul letih.

Sekarang bagaimana ye?

Apa yang aku perlu lakukan.

Aku seperti telur dihujung tanduk.

Dadaku sesak. Tapi aku tak mampu berbuat apa-apa.

“Tuhanku, aku tak mahu hidup berpandukan nafsuku. Ye, memang aku seronok tapi hanya di wajah sahaja tapi hatiku sakit”.

“Tuhanku, jangan kubiarkan hati aku yang kosong ini, diisi oleh manusia sehingga aku lebih mencintai manusia itu sebelum aku mencintaiMu”.

“Sakit, sesak, sukar bernafas”

“Di bulan Ramadan yang penuh berkat ini kuperlukan pertolongan dari Mu untuk menguatkan langkahku di jalanMu”

Ameen…

Wednesday 2 July 2014

Entry untuk Maryam



Ini permulaan untuk penulisan akan datang. Insya Allah.

Tadie aku dok godek godek FB, tgok recent updated gambar. Yela kan baru lepas MAFAST n Pulau Perhatian trip, opkosh la bnyak gamba. Dan salah satunya gambar dengan kak Yam. Yam letak caption:
"nieh kwn aku meronggeng, ceruk KL mane kitaowg tak lalu"
Ahahaha... kenangan sgt.
Satu benda yang aku suka dekat MARYAM adalah dia TEKAD.
Kitaowg naik moto dari nilai pkul 11.30 malam g trun KL sbb nk join larian kitar semula. Masa tu aku still lagi buat part time kat Kota Warisan, abis kelas aku pick up Yam kat asrama, dalam masa yang sama kitaowg senanye ada kelas ganti ntok Dr. H, aku ingatkn dy pergi, rupanye bantai ponteng gak.. Puiii..
Aku cakap kat roomate aku nk g tido ngan Yam kat Acacia. Roomate aku xtau kitaowg gerak mlm tu g KL.

Sampai mne ntah, sesat pulak,, Yam tukang bagi jalan, kasi jalan sesat kat aku, kitaowg terlepas sampai Bangsar.. Ahahaha.. gigih betui.. Lepas tu baru dy tepon abah dy tanye jln.. terkejut abahnya trun KL naik moto tengah malam buta.. Hah..

Sampai rumah sewa adik YAM dalam pkul 1.30 pagi, smpai je trus pengsan, esoknya pepagi buta gerak g Larian Kitar Semula.. Abis program Yam bawak aku pusing KL, katenya:
"adawiyah, ko kan pelancong, meh sini aku bawak ko jalan"
Hahaha... penat sgt.. aku ckp kat dy "aku jadi pelancong di negara sendiri doh"... hahahaha..
Balik dr melancong, kitaowg siap siap nak pegi akad nikah mummy YAM dekat gombak.. Sampai gombak semua geleng kepala sebab tgok Yam naik moto ngan aku.. Hahaha.. Mulalah, atok, nenek, mummy3x, pakcik3x Yam bising... Kahkahkah...Lepas maghrib kitaowg trus gerak balik nilai sbb esoknya ak tuisyen.

Bile kenang balik saat tu, best jugak. Tapi kwn kwn yang tau aku ngan Yam naik moto g KL semuanya tahap gaban je risau. Memang la risau. tak diakui tp, jiwa mudanya memberontakk..

Buat Yam,
terima kasih sebab jadi kawan aku, dari mula sampai sekarang.
Ko ajar ak banyak benda, tak terbalas.
Kematangan ko kadang-kala buat aku kagum.
Satu benda yang aku respect dengan ko, Ko berani untuk mengaku salah,
bukan semua owg boleh lakukan.. aku seniri tak mampu..
Sebab ko beranilah banyak benda ko belajar.. teruskan Yam y mne positif tu..
Terima kasih jugak sbb selalu je mengalah dengan aku, walaupun hakikatnya aku muda setaun dari ko,
Ye.. kadang kadang aku salah,, tapi aku ego,, aku tak buat pape, ko dtg kat aku, kite settlekan one by one..
Ko terlalu baik untuk aku..
Aku sgt ko sgt...