Thursday 13 September 2018

Touchdown Bandung

Ke Bandung

Untuk kali ini, adalah first experience pergi ke negara orang tanpa kenalan rapat. Just join a small group of travel. Ikut Cikgu Mus, yang saya kenal masa join workout class dekat Denai Alam. So, I'm SURVIVED! Boleh hidup rupanya. Hihihi...

Penerbangan kali ini, kita pakai MAS. Jadi, touchdown dekat Jakarta, kemudian kami di bawa oleh supir ke Bandung dengan van yang boleh muat dalam 10-16 orang. Group kali ini cuma 10 orang sahaja. Perjalanan Jakarta- Bandung ambil masa selama 6 jam (jammed giler- jammed yang tak bergerak tu. Damn!!)

Dan kenapa kami pilih MAS?
1) kami pergi ke negara yang mempunyai "lubuk shopping" yang boleh menyebabkan gelap mata. Jadi, MAS is the best sebab ada free 30kg baggage.
2) Dalam flight dah siap-siap ada makanan dah. Jadi, tak berlapar sangat.

MAS takde perkhidmatan direct terus ke Bandung. Kena turun Jakarta dulu, then baru ke Bandung.

TIPS: Untuk korang yang tak mau tersangkut dalam JAMMED, boleh la naik train dari Jakarta ke Bandung. So, kalau naik train ni tak de la jammed sgt. At least 3 jam perjalanan dah boleh sampai.

3 Star Hotel

Kami menetap dekat Hotel Pasar Baru Square. Overall okay la. Selesa sangat.


Pamandangan dari tingkap bilik. Sebelah Pasarbaru Heritage je. Senang nak shopping. Hahaha..

Suasana di luar hotel.

Aktiviti masyarakat setempat di waktu pagi

Gerai depan Hotel. Klasik kan?


Aktiviti tak banyak sangat pun. Sebab sampai Jakarta dalam 8 malam M'sia. Perjalanan Jakarta-Bandung yang memakan masa 6 jam. Perggghhh, penat giler. Check in Hotel pukul 3 pagi. Esoknya baru offcially berjalan dan merayau.

Cost:
Tiket flight pergi-balik (KLIA-Jakarta)= RM300
Penginapan + pengangkutan van di Bandung (4h, 3m) = RM550

Total expenses of the day: RM850


No comments:

Post a Comment