10,000rp = RM3 (lebih kurang la)
Perjalanan di mula dengan alas perut dulu. Cari tempat nak breakfast. Mula-mula kami di bawa ke street stall, yang menjual kuih-muih, cucur, mee jawa (lebih kurang la). Tapi, bila sampai semua ternganga..
"Aikk, takkan makan dekat sini?"
"Nak duduk mana ni?"
"Macam mana nak makan?"
"Betul ke kita nak makan dekat sini?"
hahaha... semua orang macam tak boleh terima kenyataan, dan ada yang tak lalu nak makan dekat street stall. Hahaha... Makanya, Pak Supir bawak kami ke real restaurant. Baru nak feel rakyat tempatan.
Breakfast dekat sini. |
Konsepnya ala-ala hipster gituh. |
Cantik kan design dia. Semua teruja pakat selfie. "sigh" |
Teh kosong suam. Dekat sini tiada teh tarik macam dekat mamak tu tau. |
Nasi Lemak Ayam. Ofkos sambal dia sedap. |
Untuk kemudahan internet, saya beli simkad di sini "simPATI' namanya. Dalam RM30 untuk 8GB, untuk kegunaan 4 hari dan semoga cukup untuk upload gambar dekat instagramm. Hahaha.. PHUI (bajet instafamous gituh).
Hentian pertama adalah Kawah Putih.
The teams. Dari pelbagai peringkat umur. Tapi best, kerja gelak je sepanjang perjalanan. Semuanya adalah cikgu-cikgu. Saya join group cikgu-cikgi la ni. |
The phemomena. Try to capture the best angle. SubhanaAllah , TabarakaAllah, Cantik sangat!! |
Kawah putih yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha ini memiliki dinding kawah dan air berwarna putih. Sebab tu namanya Kawah Putih. Dekat sini sejuk la, sebab atas pergunungan tinggi kan. Sekejap-sekejap hutan rintik-rintik menghujani kawasan ini. Tapi, sekejap jela sebab proses evaporation & sublimation berlaku dengan cepat. Tak perlu payung sangat kot. Still okay.! Dekat keliling kawasan ini, akan ada orang tempatan sewakan payung dan jual face mask. Tapi kami semua tak guna pun perkhidmatan tu. Facemask perlu ke tak? Sebab nak nmpak cantik dalam gambar semua tak mau pakai face mask. Hahaha.... Bau behlerang sangat kuat (macam bau sulphide), dan akan berdebu sedikit. Kalau tak tahan and for seek of safety pakailah face mask.
Girls yang suka tangkap gambar. |
Macam lukisan kan. But, this is REAL. |
Gambar acah-acah kena ada. |
No comments:
Post a Comment