Saturday 27 July 2013

Student Bertanya

Assalammualaikum semua!

Hari nieh kita akan bincang balik soalan peperiksaan pertengahan tahun hari tue ye!

Keluarkan buku, salin jawapan yang betul di papan tulis nie ye!


Subjek : Bahasa Melayu ( Penulisan)
Bahagian A: Petikan Bergambar
"Petikan bergambar tersebut menggambarkan suasana di luar dewan, dimana para pelajar sedang mengambil keputusan peperiksaan. Ada yang sedang bergembira kerana lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan ada yang sedang berduka kerana gagal dalam peperiksaan"

Sedang saya menulis jawapan yang betul di papan putih, salah seorang pelajar bertanya:

Barir  : Cikgu, kenapa orang yang gagal selalu menangis?

Belum sempat saya menjawab, seorang lagi pelajar telah memberikan pandangannya.

A'im  : Mestilah sedih. Semua orang berjaya, kita seorang je yang gagal
Barir : Yela, tapi salah siapa. Salah orang itu sendiri la kan, dia yang malas nak berusaha, bila gagal tue           terima jela. Tak payah nak nangis-nangis.

Saya diam membisu, memerhatikan gelagat dan cara pemikiran murid Tahun 6 nieh.

Cikgu : Barir, kalaulah satu hari nanti Barir gagal dalam peperiksaan sedangkan Barir dah berusaha                    bersungguh-sungguh dah. Barir akan nangis kesedihan tak?

Barir : Tak. Saya tak sedih pun. Buat apa nak sedih, semuanye dah ditetapkan oleh Allah. Kita terima jelah         qada' dan qadar Allah.

Tiada apa lagi jawapan yang harus Cikgu berikan. Barir lagi matang menilai sesuatu. Di usia yang terlalu muda sudah pandai menilai ujian itu datang dari Allah. Kamu hebat sayang!. Semoga menjadi anak yang soleh. Amin~


#baitulsakinah#year6#
#pusat bimbinngan akademik mutiara, kota warisan#


Wassalam.With Love.

Friday 19 July 2013

#DREAMS#

Hye people!


Setiap orang ada impian. Ada matlamat yang ingin dicapai. Semua itu adalah untuk memperbaiki kehidupan kita kea rah yang terbaik.

Dan impian tue hanya dapat dicapai dengan keazaman yang kuat dan jitu untuk melaksanakan apa-apa sahaja yang menyumbang kea rah tercapainya impian. Setiap orang akan melakukan apa sahaja, asalkan apa yang diinginkannya tercapai.

“Shhh,,, pejam mata, bayangkan apa yang kita diimpikan.”

 Indahkan. Dan lagi indah kalau impian tue tercapai.

Dan ia nya tidak akan tercapai hanya dengan angan-angan sahaja tanpa usaha. Apa yang kita angankan atau impikan perlulah selari dengan usaha. Tanpa usaha, impian yang indah akan bertukar menjadi bayangan di alam fantasi sahaja…

Dan Alhamdulillah. Apa yang saya bayangkan dulu sewaktu di tingkatan 5, telah menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah,, Alhamdulillah,, Alhamdulillah.

Hurm,, sekarang? Saya sedang merancang untuk masa depan yang akan datang. Teruskan merancang. Keep it smile!! Chills!!

People always said:

“Saya takut pada masa hadapan saya sebab saya mempunyai masa lalu yang teruk. Saya sering gagal pada masa lalu”.

Kalau awak gagal pada masa lalu, awak nak gagal lagi kew untuk masa akan datang? Dan semestinya jawapan awak TIDAK kan? Teruslah bina impian untuk berjaya.

“Jangan TAKUT dengan masa hadapan”.

Masa lalu dan kegagalan biarkan ialah pergi menjadi yang lalu dan silam. Bina masa hadapan dengan gunakan masa sekarang untuk memperbaiki kesilapan masa lalu.

Kata pujangga, “orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh!”

“Don’t blame yourself with the previous mistake”

Blame? Salahkan diri sendiri?

Buat kesilapan adalah perkara biasa. Semua orang buat kesilapan. Jangan salahkan diri anda dengan kesilapan yang lalu. Kelak ia akan menjatuhkan motivasi diri.

Put trust on yourself!

 Cari hikmah disebalik kesilapan itu dan again don’t forget quote: “Orang yang melakukan kesilapan yang sama berulang kali adalah manusia yang bodoh”.

End.

Salam Ramadan. 
With LOVE. AHN.



Baiknya Ayah :-)

Assalammualaikum... Salam Ramadan!

Setelah sekian lama menyepi dan sekarang kembali bersiaran pada bulan ramadan....


Owh ya! saya ada satu aktiviti lawatan antarabangsa ke KEmboja.. Fantastic!

Then, what happen?

Tapi masih dalam dilema. Nak pergi ke tak? pergi,,, tak pergi,,, pergi,,, tak pergi,,, ARRRGGGHH.. got confused.

Bila tanya pendapat kawan-kawan, dyowg galakkan pergi. They said bila lagi nak g Ada.. sekarang je peluang kita ada untok pergi ngan kawan-kawan..

Ikutkan hati, nak je ikut, tapi ikutkan kemampuan,, urmm,, 
diumpamakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lorhh,, apa susahnye, mintaklah kat parents.

Hmmm,,, malulah nak mintak,,,huhuhu..
I trained myself supaya ada simpanan sendiri ntok buat sesuatu. Dari kecil lagi, aku dan kak yong akan kumpul duit raya banyak3x, dan sebelum bertolak balik ke perak mesti singgah dulu shopping buku kat Aneka, Gurun... begitu juga kalau nak beli barangan lain yang diimpikan.

Duit simpanan sendiri?

Hah? ada tue ada tapi bukan ntok ke Kemboja. Duit tue adalah duit simpanan masa hadapan. Kowt la kalau terdesak, ada la sikit simpanan. Dan duit simpanan tue disimpan ntok wishlist yang tak tercapai lagi targetnye,,,

Parah la gitu,, nak mintak parents serba salah, nak keluarkan duit sendiri pon tak boleh..

Huhuhu...

*********************
Petang tadi, tepon ayah, bincan ngan ayah sebab rasa macam betul ke keputusan ntok lepaskan peluang pergi kemboja. Rasa macam terdesak sangat sebab nye tertubi-tubi organiser Kemboja hantar mesej mintak no akaun bank islam dan ic. Tapi xreply2 pon.

Me: Hello, assalammualaikum.
Ayah: Waalaikummussalam..
Me: Ayah tengah buat apa tue?
Ayah: tak wat pape. dok tengah tengok tv.
Me: Ayah mak ada tak?
Ayah: tak, mak keluar jap g bazar ramadan, beli lauk cikit.
Me: Owh, ayah dengarlah adik nak cite nie.
Ayah: urm,, kenape?
Me: Ayah, kita ada program ke kemboja. Ayah rasa adik patut pergi tak?
Ayah : urm,, mana la ayah tahu..
Me : Sebenarnye ke bayar kalau nak pergi, tapi.... adik takde duit....(sedih)
Ayah : Berapa kene bayar?
Me: RM400.
Ayah : Takpe nanti ayah bayarkan.
Me: Ayah takpe kew? Adik tak kesah pon kalau tak pergi.
Ayah: Takpe ayah bayarkan. Tapi gtau awal la bila nak gunanye.
Me: Betul ke ayah. Nanti ayah takde duit pulak.
Ayah : Takpe... hari nie bukak puasa dengan apa?
Me : Ntah, tak g beli lagi. Igat nak bukak puasa kat masjid jew. Tak tau agi macam mane...

............. end.
Me : Bye, ayah! Jaga diri tau!

*****************

Ayah..
Dari aku kecil sampai sekarang, bila mintak apa-apa jew, tak pernah nak cakap tidak!

He never says NO! 
Tapi aku yang serba salah dibuatnya.. sebab tue malas nak mintak.
Sepatut pada masa sekarang, aku ngan kak yong dah start tolong ayah, mak n adik-beradik lain. Tapi kitaorang tak abis lagi belajar..

Mak,, Ayah,, sabar ye, lagi setahun jew adik n kak yong belajar. Pahtu dah boleh tolong mak ngan ayah.. (Ya Allah, mudahkan urusan pembelajaran aku dan kakakku agar kami dapat graduate dengan jayanya. Amin~)