Showing posts with label cetusan mindaku. Show all posts
Showing posts with label cetusan mindaku. Show all posts

Friday, 24 February 2012

Al-Kisah 5: Mata hati

Hari ini kelas habis awal, banyak kelas tutorial yang dibatalkan. Jadi banyaklah masa free. Yeaayyy, bestnyee,,,.

Otakku ku ligat mencari idea apa yang perlu ku lakukan pada waktu yang senggang nie.

“Mm,, bosan pulak bila kelas dibatalkan, bila kelas ada, asyik tanye jew bila la aku nak dapat waktu free nie. Aduyaii,,,” monologku sendirian

Aku mengambil keputusan untuk ke unit Pendidikan Islam, moga di sana kebosanan aku dapat dihilangkan. Aku melangkah dengan laju.

Pintu unit Pendidikan Islam dikuak, salam diberi. Mataku laju mencari ustaz dan ustazah untuk dijadikan sahabat berbual. Tapi malangnya, kebanyakan ustaz dan ustazah ada kelas.

Kakiku terus melangkah, mencari sesuatu. Pandanganku tertarik pada sekelompok sahabiahku yang sedang berhalaqah dengan Ustaz Romli.

“Owh, kat sini rupanye akhowat semua. Patut la ana pusing satu Matrikulasi nie xjumpe pon akhowat kesayangan ana.”

Serius sangat perbincangan mereka. Mesti tengah mendebatkan isu sesuatu nie. Aku mengambil keputusan untuk duduk dan dengar sekali perbincangan yang sedang dibincangkan ini.

Alangkah tenangnya hati hidup berhalaqah.

Akhowat khusyuk mendengar, sehingga tidak sedar kehadiran ana. Ustaz Romli meneruskan hujahnya dengan yakin dan bersemangat menyampaikan ilmunya.

Kata ustaz:

“Kita kena pandang sesuatu masalah yang Allah berikan dengan pandangan mata hati. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Mungkin masalah yang ditimpa pada kita ini cara Dia nak mendidik kita. Bersabarlah wahai anakku, kelak Dia membalas sesuatu yang indah untuk dirimu.”

Khusyuk akhowat mendengar seperti dibuai oleh lagu yang lembut tatkala mendengar bait-bait nasihat ustaz.

Seorang akhowat bertanya:

“Ustaz, ana selalu dengar istilah mata hati, tapi ana tak tahu apa itu? Pandangan macam manakah yang mereka lihat dari pandangan mata hati sehingga menjadi seorang muslim itu sangat patuh dan menerima takdirNya dengan tenang. Boleh ustaz terangkan pada ana.”

Ustaz Romli melemparkan senyuman pada akhowat dan dengan tenang ustaz menjawab soalan itu.

“Bagus soalan tue.”  balas ustaz sambil tersenyum.

“Ustaz bagi analogi ye, untuk mudahkan antunna semua faham.”

“Ada seorang anak kecil sedang memerhatikan kapal terbang yang gah sedang terbang di langit biru, Terpegun budak kecil itu melihat besi sedang terbang.”

“Budak kecil itu kemudiannya mengambarkan apa yang dia lihat pada umminya.”

Budak kecil:

“Ummi, kecik nye kapal terbang tue, patutla ia boleh naik tinggi kat atas sana tue”…

Tergelak umminya mendengar celoteh anaknya itu….

*****************
Terang ustaz lagi,

“Anak-anak kecik akan berpandangan sedemikian. Apa sahaja yang dia lihat, dia akan menzahirkan. Contonhnya anak kecik tue melihat kapal terbang itu kecil sahaja, jadi dia mengata kepada umminya bahawa kapal terbang yang sedang terbang diudara adalah kecil sangat.Sedangkan kita sebagai seorang dewasa dah tahu bahawa kapal terbang itu adalah besi yang besar dan berat.”

“Jadi begitulah pandangan hati. Pandangan mata biasa seperti pandangan budak kecik itu, manakala pandangan mata hati pula adalah pandangan orang dewasa yang mengetahui bahawa kapal terbang itu adalah besar dan berat.”

“Wallahua’lam”……..


gambar dari en. google

Tuesday, 29 November 2011

Al-Kisah 2: Frozen FOOD


Al-kisah ini telah lama berlalu, tapi ada sesuatu yang ingin aku ceritakan.

Kisahnya berlaku sewaktu aku mengikuti Pameran HALFEST di PWTC sekitar bulan oktober lalu. Memandangkan aku menyambung pelajaran dalam bidang makanan maka, wajarlah untuk aku menyertai program ini bersama teman-teman seangkatan dengan aku.

 inilah orang kampung nilai-semangat nak g halfest

Apakah HALFEST?
HALFEST- adalah sebuah ekspo pesta halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan meransang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. Ia juga adalah sebagai satu platform dalam membangunkan industri halal negara......

Menurut pemerhatian aku, sewaktu jenjalan di pameran tersebut, terdapat banyak sangat produk-produk makanan, kosmetik, dan lain-lain yang diusahakan dari segi pembuatannya secara halalan toiyiban... Alhamdulillah...
Terdapat banyak juga produk makanan baru yang diperkenalkan.Antara yang menarik perhatian aku adalah:

- Kurma sweetner
(wahh,, ianya digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan)

-Kuih-muih Frozen
(perghh,, mcm2 kuih yang dah difrozenkan)

-Ikan Keli tin
(ala-ala ikan sardines dalam tin gitu)

-banyak-banyak lagi

Sehinggakan aku sendiri teruja,, banyak betul produk makanan yang telah di frozen kan, di tin kn,...... Seperti tidak percaya... Duduk Termenung sekejap,,, memikirkan betul kew nie??

Kawan aku    : "Alahh, sekarang nie ko tak yah la risau sgt klu tak tau masak pon,,,, semuanye dah frozen"  "Senang jew masuk dalam oven, biar dua, tiga minit,,,, siap,, dah boleh makan"
 
Aku              : " A'ah...kn, wat ap la aku susah nak pikir"  "Semuanye dah siap.."  "Tak yah beli barang dapur pon, beli oven jew untok panaskn makanan...."

Urmm.. memang la aku cakap macam tue..tapi jauh disudt hati, aku pon tak suka makan benda yang frozen nie.. Lagi lah klu nak bagi anak-anak makan (kalau ada, insyaAllah)..

Bayangkanlah bagaimana keadaan anak kita kalau hari-hari diberi makan makanan frozen,, sebabnya makanan itu akan menjadi darah daging kita sendiri sekaligus akan membentuk sifat @ akhlak seseorang..

Aku bukan menidakkan ke-halalan makanan fozen, tapi kan lagi elok kalau kita nak bagi makan kat anak-anak kita nanti, datang dari air tangan kita sendiri (ibu kepada anak-anak kita), datang juga dari air tangan ibu yang menjaga solat, keikhlasan dan kasih sayang seorang ibu akan mengalir melalui makanan yang dimasak,,, Nanti ibu-ibu yang tak reti masak pon, makanannya akan rasa sedap sebabnya ibu itu ikhlas nak bagi anak-anak makan.

Ditambah pula jampi-jampi dari ayat Allah berserta dengan selawat dibaca sewaktu menyediakan masakan, lagi lah berkat... Subhanallah...

Maka akan lahirlah generasi yang hebat-hebat, kerna ia diberi makan dari sumber yang baik, halal, dan pembuatannya dari cara yang terbaik, dimakan pula dengan menyebut nama Allah,,,, kelak akan membentuk darah daging yang baik,, sekaligus akhlak yang baik..

Wallahu'alam...

"Majulah industri halalan toiiyiban untuk UMMAH" itu tekadKU




Gema suara di PWTC